From Wikipedia, the free encyclopedia
H&D (Hangul: 한결,도현 ), adalah kumpulan duo Korea Selatan yang ditubuhkan oleh Pocketdol Studio pada tahun 2020. Duo ini debut pada 21 April 2020, dengan album mini pertama Soulmate.[1]
H&D | |
---|---|
Latar belakang | |
Berasal dari | Seoul, Korea Selatan |
Genre | |
Tahun aktif | 2020 |
Syarikat rakaman | Pocketdol Studio |
Pengkarya berkait | |
Bekas ahli |
|
Sebelum debut sebagai duo, kedua-dua ahli telah mengambil bahagian sebagai peserta dalam beberapa pertunjukan. Hangyul sebelum ini melakukan debut sebagai ahli kumpulan Yama dan ahli kumpulan balada Hotchicks Entertainment IM[2] dan pada tahun 2017 dan 2018, bertanding dalam rancangan The Unit bersama ahlinya.[3] Kumpulan itu dianggap bubar kerana mereka tidak aktif sejak itu. Dohyon sebelumnya pernah bertanding dalam rancangan Under Nineteen pada tahun 2018 dan 2019.[4]
Kemudian pada tahun 2019, kedua-keduanya Hangyul dan Dohyon bertanding dalam Produce X 101, mewakili MBK Entertainment bersama rakan pelatih MBK Kim Yeongsang. Pada episod terakhir rancangan, Hangyul berada di tempat ke-7 manakala Dohyon berada di tempat ke-8 menjadikan mereka sebahagian daripada barisan untuk debut sebagai ahli kumpulan X1.[5] Mereka menpromosikan bersama kumpulan tersebut sehingga kumpulan itu dibubarkan pada 6 Januari 2020.[6]
Selepas pembubaran X1, kedua-duanya mengadakan pertemuan peminat bertajuk "Happy Day" pada 2 Februari 2020.[7]
Pada 21 April 2020, duo ini debut dengan album mini pertama mereka Soulmate dengan dua trek utama, "Soul" dan "Goodnight", yang kedua-duanya mereka menpesembahkan selama tempoh promosi mereka.[8]
Pada 2 September, diumumkan bahawa mereka berdua akan membuat comeback pada 23 September dengan album istimewa Umbrella, termasuk single utama dengan nama yang sama. Album ini termasuk dengan lagu yang dicipta Dohyon.[9] Album ini adalah album terakhir mereka sebelum kedua-duanya berhenti bekerja kerana keduanya Hangyul dan Dohyon bersedia untuk debut dalam kumpulan lelaki baharu Pocketdol Studio BAE173.[10][11]
Tajuk | Butiran album | Kedudukan tertinggi carta | Jualan |
---|---|---|---|
KOR [12] | |||
Soulmate |
|
3 |
|
Anugerah | Tahun | Kategori | Penama | Keputusan | Ref. |
---|---|---|---|---|---|
Golden Disc Awards | 2021 | Rookie Artist of the Year | H&D | Tercalon | [17] |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan H&D |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.