From Wikipedia, the free encyclopedia
Gunung Tiong yang terletak berhampiran dengan Taman Negara Endau-Rompin Selai (TNER Selai) yang berketinggian 1014 meter dari aras laut merupakan puncak gunung ketiga tertinggi di negeri Johor.[2] Terdapat beberapa kawasan air terjun yang menarik seperti Takah Pandan, Takah Berangin, Takah Tinggi. Bagaimanapun bagi peminat aktiviti mendaki gunung, kawasan TNER Selai bukanlah pilihan utama. Ini kerana tiada tempat khusus untuk menjalankan aktiviti tersebut walaupun terdapat sebuah gunung yang agak tinggi dan dapat dilihat apabila memasuki kawasan perkampungan Orang Asli di taman negara tersebut.
Gunung Tiong | |
---|---|
Ralat Lua pada baris 511 di Modul:Location_map: Tidak dapat cari takrifan peta lokasi yang ditentukan: "Modul:Peta lokasi/data/Location_Malaysia_ASEAN.svg" tidak wujud.
| |
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 1,014 m (3,327 ka) [1] |
Geografi | |
Lokasi | Segamat, Johor |
Gunung Tiong yang berketinggian kira-kira 1,014 meter (3,328 kaki) dari paras laut (dpl). Ia merupakan gunung ketiga tertinggi di Johor dan terletak di timur TNER Selai.
Gunung Tiong ini pernah menjadi tumpuan pendaki dari sekitar Labis dan daerah berhampiran sahaja. Setelah taman negara itu dibuka kepada umum pada 2003, Gunung Tiong bagai dilupakan. Keadaan itu menyebabkan trek pendakian dari Kampung Selai Lama jarang dilalui dan semakin lama semakin semak serta tertutup.
Laluan pendakian tidak melalui Kampung Selai Lama,sebaliknya terus dari TNER Selai. Pendakian ke puncak gunung itu boleh dilakukan dalam masa dua hari satu malam. Perjalanan ke puncak bermula dari tapak perkhemahan Lubuk Merekek. Pendaki perlu menyeberangi Sungai Selai yang merupakan sungai utama di situ.
Terdapat 10 Check Point (CP) yang perlu dilalui sebelum pendaki berjaya menjejakkan kaki ke puncak Gunung Tiong. Bermula dari seberang Sungai Selai, pendaki akan melalui denai yang rata, lembap dan becak serta dipenuhi pacat sehinggalah ke CP 1 iaitu Sungai Sengka. Pendaki perlu menyeberangi sungai yang tidak begitu lebar itu dan masuk semula ke laluan hutan. Sampai di kaki bukit, terdapat satu simpang iaitu sebelah kiri menuju ke Air Terjun Takah Sengka dan sebelah kanan menuju ke Gunung Tiong.
Dahulu sekitar awal tahun 90-an, Orang Asli yang mendaki Gunung Tiong mengatakan pemandangan keliling dapat dilihat dari puncak kerana pokok masih kecil tetapi semakin lama pokok semakin membesar dan terus menutup pemandangan. Bagaimanapun apa yang penting kejayaan mendaki Gunung Tiong serta kepuasan serta pengalaman yang diperolehi itu lebih berharga daripada segalanya.
Gunung Tiong mempunyai hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas. Terdapat banyak flora di gunung tersebut.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.