From Wikipedia, the free encyclopedia
Gunung Saveq/Saviah/Savih[lower-alpha 1] atau Gunung Giok (Cina tradisional: 玉山; Pe̍h-ōe-jī: Gio̍k-san; Pinyin: Yùshān[2]) adalah gunung tertinggi di pulau Taiwan dan gunung pulau keempat tertinggi di seluruh dunia;[3] ia terletak 3,952 meter (12,966 kaki) dari paras permukaan laut.[4] Pada musim dingin, ia sering dilitupi salji tebal yang menampakkan seluruh puncaknya digambarkan segilap batu giok (玉 POJ gio̍k).[3]
Tapak Warisan Dunia UNESCO | |
Maklumat am | |
---|---|
Maklumat lokasi | |
Lokasi | Pulau Taiwan, Xinyi, Alishan Township, Taoyuan District, Taiwan |
Koordinat | 23°28′12″N 120°57′26″E |
sunting · sunting di Wikidata |
Gunung ini sendirinya titik pusat dari Taman Negara Yushan iaitu taman negara terbesar, tertinggi dan terpencil dalam Pulau Taiwan merangkumi Banjaran Giok[lower-alpha 2] dan kekakinya memempatkan beranekaragam fauna.[3][4]
Gunung Saveq merupakan tempat penting masyarakat peribumi Bunun dan Cou yang serumpun Austronesia. Ia juga merupakan salah satu tempat kunjungan digemari para pendaki gunung Taiwan yang anggapnya salah satu (dari sepuluh) "Puncak Besar Taiwan".[4] Para pendaki gunung seantero dunia sering menggandingkannya bersama Gunung Kinabalu dan Gunung Fuji sebagai mahadestinasi pendakian mereka.[4]
Gunung ini mula diketahu orang Cina seawal catatan 蕃境補遺 ("Lampiran Tanah Orang Gasar") oleh Yu Yonghe pada tahun 1697 zaman Maharaja Kangxi:[1]
「玉山在萬山之中。其山獨高。無遠不見。巉巖峭削。白色如銀。遠望如太白積雪。四面攢峰環繞。可望不可及。皆言此山渾然如玉。每暗霽。於郡城望之。不啻天上白雲也。」
("Gunung Giok salah satu banyak gunung yang paling tinggi puncaknya. Ia boleh dilihat sejauh manapun. Putihnya bagaikan perak. Tepi tajamnya tinggi curam. Ia laksana putih salji dilihat dari jauh. Empat muka [penjuru] nya dikelilingi puncak-puncak. Ia sangat jauh. Semua orang mengatakan ia seteguh batu giok. Setiap malam gelap ia dilihat jauh dari kota pun seperti awan putih.")
Gunung ini diberi nama Gunung Nittaka (新高山[1] "Gunung Tinggi Baru") semasa ia diduduki kuasa Jepun, malah diwartakan kerajaan jajahannya pada 28 Jun 30 Meiji bersamaan 1897 Masihi sebagai puncak tertinggi seluruh alam maharaja Jepun ketika itu.[5][6]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.