Gunung Raya

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Gunung Raya yang terletak di Pulau Langkawi, Kedah, Malaysia mempunyai ketinggian 881 meter (2,890 kaki).[1][2]

Fakta Segera Titik tertinggi, Ketinggian ...

Gunung Raya mempunyai hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

Remove ads

Legenda

Di antara Gunung Raya and Gunung Mat Chinchang, terdapat bukit yang memisahkannya dikenali sebagai Bukit Sawar.

Thumb
Gunung Mat Chinchang

Menurut kisah legenda Langkawi, ketiga-tiga gunung ini diceritakan sebagai manusia yang bernama Mat Raya, Mat Cincang dan Mat Sawar. Diceritakan anak lelaki Mat Raya yang berminat untuk menikahi anak perempuan Mat Cincang. Namun niat itu telah menimbulkan rasa tidak senang hati kepada Mat Cincang kerana anak lelaki Mat Raya dikatakan tidak mempunyai perwatakan yang baik.

Walaupun Mat Cincang enggan menerima anak Mat Raya sebagai menantu, namun perkahwinan itu tetap diadakan. Namun begitu, pergaduhan telah berlaku semasa kenduri kahwin anak mereka.

Semasa pergaduhan berlaku, keganasan semua orang telah mengakibatkan periuk belanga dan pinggan beterbangan. Sehinggakan periuk belanga besar yang penuh dengan kuah telah pecah dan kuah lauk habis tumpah di atas tanah. Tempat yang ditumpahi kuah lauk itu dikenali sebagai Kuah dan tempat periuk belanga pecah itu dikenali sebagai Belanga Pecah. Sekawah air panas turut tumpah ke tanah dan tempat itu dikenali sebagai Air Panas.

Pergaduhan dua keluarga itu berterusan sehingga ditenangkan oleh Mat Sawar. Kedua-dua pihak berbaik semula dan memilih untuk menukarkan diri mereka termasuk Mat Sawar ke dalam bentuk sekarang.[3]

Remove ads

Rujukan

Loading content...
Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads