gunung di Indonesia From Wikipedia, the free encyclopedia
Gunung Lokon merupakan sebuah gunung berapi kembar bersama-sama dengan Gunung Empung yang terletak di Sulawesi utara, Indonesia. Tingginya 1,750 meter daripada aras laut.Kedua-duanya menaik merentasi dataran Tondano dan di antara gunung berapi yang aktif di Sulawesi. Gunung Lokon mempunyai puncak yang mendatar dan tidak mempunyai kawah gunung berapi.[1]
Gunung Lokon | |
---|---|
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 1,580 m (5,184 kaki)[1] |
Senarai | Ribu |
Koordinat | 1.358°N 124.792°E |
Geografi | |
Geologi | |
Jenis gunung | Stratovolkano |
Letusan terakhir | 2014 |
Lokon terbentuk semasa era gunung berapi andesitik volcanism pada serpihan cincin terhasil daripada kaldera Tondano pada pertengahan kemusnahan Pleistosen. Bahan yang terletus baru-baru ini masih lagi berkomposisi andesitik [2] dan mengandungi abu-abu gunung berapi dan jarng-jarang ada aliran piroklastik dan kubah-kubah lahar. [1]
Gunung berapi Lokon memuntahkan lava dan asap beratus meter tinggi. Letupan berlaku pada jam 10.46 malam waktu tempatan. Stesen radio El Shinta menyatakan kira-kira 500 penduduk di lereng dan cerun telah dipindahkan. Warga setempat dan pelancong diarah keluar dari radius 3.5 kilometer. Kira-kira 28,000 penduduk tinggal di sekitar zon evakuasi tetapi hanya beberap ratus sahaja yang tinggal di jalur lava mengalir.[3]
Gunung berapi ini kembali menunjukkan tanda-tanda wujud aktiviti pada 10 Februari 2012, dan pada 19 September 2012 (11:01pm), satu letusan telah berlaku pada 8:20 am[4] pada hari yang sama ia menghantar abu gunung berapi dua batu ke langit. Penduduk tempatan telah dipindahkan pada jarak dua setengah batu sekeliling gunung berapi berkenaan. [5]
Gunung Lokon terletak di utara Sulawesi dan satu daripada 129 gunung berapi yang masih aktif di Indonesia.Pada 1991 ,seorang pendaki warga Switzerland maut akibat letusan besar terakhir.[6]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.