From Wikipedia, the free encyclopedia
Gunung Banang merupakan sebuah gunung yang terletak di Daerah Batu Pahat, Johor, Malaysia. Ia terletak berhampiran dengan bandar Batu Pahat.[1] Puncak Gunung Banang terletak pada ketinggian 432.38 meter dari paras laut itu dan popular sebagai kawasan rekreasi orang ramai untuk berjoging dan mendaki, selain mempunyai pemandangan indah menghadap Selat Melaka[2].
Lagu asli Gunung Banang pernah dipopularkan biduanita Malaysia, Sharifah Aini, memuatkan kisah betapa gunung itu digambarkan menjulang tinggi ke langit, sekali gus menjadi simbol penting kepada pelayar yang melewati Selat Melaka[2][3].
Dalam filem klasik Puteri Gunong Banang terbitan Malay Film Production Limited pula, Gunung Banang digambarkan kawasan pergunungan indah didiami seorang puteri bunian jelita, Puteri Gunung Banang yang membantu seorang pemuda hodoh dan miskin menjadi kacak serta kaya kerana hatinya yang baik, jujur dan rajin[2].
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.