Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Guli (Jawi: ݢولي) ialah sejenis bola kecil yang biasanya diperbuat daripada kaca, tanah liat atau akik. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak.[1] Guli juga boleh digunakan dalam sesetengah permainan lain, contohnya congkak. Ramai juga yang mengumpul guli, sama ada untuk hobi atau warna menarik.
Permainan guli biasanya melibatkan lontaran guli dengan tepat mengenai sasarannya. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berumur antara tujuh dan dua belas tahun. Jumlah pemain tidak melebihi lima orang.
Kawasan tanah rata dan lapang ialah gelanggang yang sesuai sebagai tempat bermain guli. Biji guli yang digunakan untuk permainan ini ialah jenis guli yang diperbuat daripada batu kapur, berwarna putih dan sebesar ibu jari kaki. Diameter guli kebiasaannya di antara 14 mm hingga 16.5 mm.
Satu bulatan dilukiskan di atas tanah berukuran garis pusat 1 m. Di tengah-tengah bulatan tersebut dilekukkan sebuah lubang sebesar 10 cm lebar dan sedalam 7 cm dengan menggunakan tumit kaki yang dihentakkan ke tanah. Lubang tersebut dinamakan lubang induk. Satu garisan lurus dibina dengan jarak 3 m dari garisan besar tersebut. Garisan ini ialah sebagai penanda mula tempat permainan.
Untuk memulakan permainan setiap pemain hendaklah meleretkan biji guli masuk ke dalam lubang induk. Guli yang masuk ke dalam lubang induk atau yang terhampir dikira sebagai pemain yang pertama memulakan permainan dan diikuti oleh guli-guli kedua hampir dan seterusnya.
Pemain pertama akan menjentik gulinya ke semua guli yang berada di dalam kawasan bulatan agar terkeluar. Sekiranya jentikan tidak mengena ia dikira mati dan pemain kedua akan membuat jentikan ke guli-guli yang ada, begitulah seterusnya sehingga semua pemain selesai membuat jentikan ke atas guli pemain lainnya.
Pemain boleh melepaskan gilirannya tetapi dengan syarat, ia mestilah memasukkan guli kepunyaannya ke dalam lubang induk terlebih dahulu. Pemain akan memastikan guli kepunyaannya sentiasa berada berhampiran dengan lubang induk setiap kali jentikan dilakukan. Ini memudahkan mereka mengawal permainan.
Setiap kali terdapat pertukaran giliran kepada pemain berikutnya, pemain yang mengambil alih giliran dikehendaki memasukkan guli kepunyaannya ke dalam lubang induk terlebih dahulu sebelum boleh menjetik guli lawan. Sekiranya guli tidak masuk ke dalam lubang induk, giliran untuk pemain lain diberikan.
Kiraan mata berdasarkan banyaknya jumlah jentikan dibuat terhadap guli lawan sehingga semua pemain selesai giliran.
Dua cara dendaan akan dikenakan terhadap pemain yang memungut jumlah mata terendah. Pemain yang kalah akan memasukkan guli kepunyaanyanya ke dalam lubang induk dan semua pemain akan memangkah guli tersebut. Cara kedua adalah dengan setiap pemain menjentik sekali seorang ke atas guli yang kalah itu jauh dari kawasan bulatan.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.