From Wikipedia, the free encyclopedia
Gubra[nota 1] ialah sebuah filem drama dari Malaysia arahan Yasmin Ahmad tahun 2006.
Gubra | |
---|---|
Pengarah | Yasmin Ahmad |
Penulis | Yasmin Ahmad |
Dihasilkan oleh | Elyna Shukri-Nan Salleh |
Dibintangi | Sharifah Amani Adlin Aman Ramlie Namron |
Diedarkan oleh | Golden Village Entertainment Lighthouse Pictures |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu Inggeris Mandarin Kantonis Hokkien |
Filem Gubra ini merupakan sambungan daripada filem Sepet. Dalam filem Sepet, didedahkan hubungan gadis Melayu bandar belasan tahun dengan pemuda Cina yang menjual CD cetak rompak haram di pasar-pasar malam. Malangnya pemuda Cina tersebut telah terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya.
Dalam filem Gubra, gadis Melayu ini bercinta lagi dengan pemuda Cina yang lain sungguhpun dia telah berkahwin dengan pemuda Melayu.
Pemuda Melayu yang dilakonkan oleh Adlin Aman Ramlie ini tersangatlah hipokrit. Kononnya dia sangat cintakan isterinya tetapi pada masa yang lain sempat berdua-duaan dengan perempuan lain.
Emosi orang Melayu pula ditujah dengan perangai kita sebagai pesakit dan melawat orang sakit. Orang Melayu digambarkan sebagai menyalahgunakan menggunakan kemudahan hospital seperti mandi, tidur baring bersama pesakit dan tidak menjaga kebersihan hospital. Maki hamun ditonjolkan dalam filem ini sebagai satu perkara yang lumrah.
Hubungan kaum antara Melayu dengan Cina turut dipaparkan yang menunjukkan sikap orang Cina terhadap bahasa Inggeris, bahasa Inggeris dan terhadap Singapura.
Filem Gubra merupakan sebuah filem yang didakwa oleh sesetengah pihak sebagai mendewa-dewakan budaya Barat tetapi ditonjolkan dalam konteks Melayu. Menurut mereka, ia menonjolkan mereka yang berbudayakan barat tetapi berpakaian baju kurung dan baju Melayu. Filem ini juga didakwa mengeksploitasikan nilai kejutan atau "shock value" bagi temanya, dengan meletakkan perkara yang bercanggah, contohnya orang Islam, tetapi melacur. Perkara ini dianggap oleh mereka mungkin tidak mengejutkan sekiranya ditonjolkan oleh orang Barat, tetapi menurut mereka yang mengkritik dengan mengalihkan dua budaya yang bertentangan, konsep nilai kejutan ini memberi kesan yang sangat kontras yang menyebabkan timbulnya perasaan tidak puas hati oleh para penonton. [2] [3]
Babak-babak ini antara yang disebut sebagai punca kontroversi:-
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.