Guangzhou Metro
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Guangzhou Metro (Cina ringkas: 广州地铁; Cina tradisional: 廣州地鐵; Pinyin Mandarin: Guǎngzhōu Dìtiě; Jyutping: Gwong²zau¹ Dei⁶tit³) merupakan sistem metro bagi bandar Guangzhou, Guangdong di China. Ia beroperasi di bawah syarikat milik negeri, Guangzhou Metro Corporation dan merupakan sistem metro keempat yang dibina di tanah besar China selepas Beijing, Tianjin dan Shanghai.
Guangzhou Metro | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Umum | ||||||||||
Pemilik | Bandar Guangzhou | |||||||||
Lokasi | Guangzhou Foshan | |||||||||
Jenis transit | Transit aliran deras | |||||||||
Jumlah laluan/aliran | 13 | |||||||||
Jumlah stesen | 232[note 1] | |||||||||
Bil. penumpang harian | 7.36 juta (2017 Avg.)[1] 10.0257 juta (Kemuncak 31 Disember 2017)[2] | |||||||||
Bil. penumpang tahunan | 2.568 billion (2016)[3] | |||||||||
Laman sesawang | www.gzmtr.com | |||||||||
Operasi | ||||||||||
Mula beroperasi | 28 Jun 1997 | |||||||||
Pengendali | Guangzhou Metro Corporation | |||||||||
Jumlah kenderaan | 383 gerabak (setakat 2016[kemas kini])[4] | |||||||||
Teknikal | ||||||||||
Panjang sistem | 391.8 km (243.5 bt)[5] | |||||||||
Tolok landasan | 1,435 mm (4 kaki 8 1⁄2 in) | |||||||||
Jejari kelengkungan minimum | 206 m (676 ka)[6] | |||||||||
Pengelektrikan |
| |||||||||
| ||||||||||
sunting |
Guangzhou Metro | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tulisan Cina Ringkas | 广州地铁 | ||||||||||||
Tulisan Cina Tradisional | 廣州地鐵 | ||||||||||||
Jyutping | Gwong²zau¹ Dei⁶tit³ | ||||||||||||
Perumian Yale Bahasa Kantonis | Gwóngjàu Dèihtít | ||||||||||||
Hanyu Pinyin | Guǎngzhōu Dìtiě | ||||||||||||
|
Usaha terawal membina sebuah sistem transit aliran deras di Guangzhou bermula sejak tahun 1960. Dalam masa dua dekad, projek ini telah dibawa ke dalam agenda sebanyak lima kali, namun terbengkalai setiap kali diangkat kerana masalah kewangan dan teknikal.[11][12] Persediaan pembinaan Guangzhou Metro pada hari ini tidak bermula sehinggalah tahun 1980-an, dan pembinaan aliran pertama, Aliran 1, secara rasminya bermula pada tahun 1993.[12][13] Line 1 opened four years later in 1997 with five stations in operation.[14]
Setakat Disember 2017[kemas kini] Guangzhou Metro mempunyai 13 buah aliran yang beroperasi iaitu Aliran 1, Aliran 2, Aliran 3, Aliran 4, Aliran 5, Aliran 6, Aliran 7, Aliran 8, Aliran 9, Aliran 13, Aliran 14, Aliran Guangfo, dan Zhujiang New Town APM yang menghubungkan kawasan bandar dan pinggir bandar. Aliran Guangfo menghubungkan Guangzhou dan Foshan serta merupakan aliran metro pertama di antara dua buah bandar dalam negara.[15] Waktu perkhidamatan harian bermula dari jam 6:00 pagi dan berakhir pada tengah malam dengan purata penumpang melebihi 7 juta.[16][1][17] Dengan 2.568 billion penumpang pada tahun 2016, Guangzhou Metro menjadi sistem metro keempat tersibuk di dunia selepas Beijing, Shanghai dan Seoul. Guangzhou Metro beroperasi untuk 231 buah stesen,[note 1] termasuk 28 buah stesen pertukaran serta 390.7 km aliran.
Pembinaan peluasan jaringan metro telah dirancang bagi tahun 2011-2020. Pembinaan bermula dengan Aliran 11, Aliran 18, Aliran 21 dan peluasan Aliran 8 dan Aliran Guangfo serta peluasan Aliran 7 ke Shunde, Foshan. Jumlah kapasiti operasi dijangka melebihi 600 km menjelang 2020.[18] Guangzhou Metro kini giat membina penghubung antara bandar-bandar berdekatan. Foshan telah dihubungkan menerusi Guangfo Metro dengan Aliran 7 dan Aliran 2 Foshan Metro sedang dalam pembinaan. Bandar Dongguan dicadangkan untuk dihubungkan melalui Aliran 13 Guangzhou Metro dengan Dongguan Metro.[19] Bandar Huizhou dicadangkan pada tahun 2016 bahawa Aliran 16 Guangzhou Metro diperluaskan ke Kounti Longmen, mencapai integrasi Huizhou dan Guangzhou. Pada Januari 2018, Datuk Bandar Huizhou, Mai Jiaomeng mendedahkan bahawa Huizhou sedang mengkaji dua perhubungan Guangzhou Metro dengan Aliran 16 menuju ke Bandar Yonghan, Kounti Longmen dan Aliran 21 diperluaskan ke Gunung Luofu di Kounti Boluo.[20][21]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.