From Wikipedia, the free encyclopedia
Kebanyakan kawasan yang kini terletak dalam sempadan Yunani moden dahulunya merupakan sebahagian daripada empayar Uthmaniyyah. Semasa zaman pemerintahan Uthmaniyah di Yunani, yang mana bermula pada pertengahan kurun ke-15 sehingga kejayaan Perang Kemerdekaan Yunani yang meletus pada tahun 1821 dan penubuhan negara moden Greece pada tahun 1832, pemerintahan tersebut dikenali sebagai Tourkokratia (Yunani: Τουρκοκρατία , "pemerintahan Turki"; bahasa Inggeris: "Turkocracy"[1]). Beberapa wilayah, seperti Kepulauan Ionia, beberapa kawasan yang berada sementara di bawah kekuasaan Venice seperti Stato da Mar, atau Semenanjung Mani di Peloponessus tidak pernah berada di bawah pentadbiran Uthmaniyah, meskipun berada di bawah ketuanan Uthmaniyah.
Empayar Byzantine yang mana merupakan pewaris kepada Empayar Rom purba memerintah kebanyakan wilayah yang bertutur dalam bahasa Yunani selama lebih 1100 tahun, yang mana merosot dengan teruk sejak penjarahan Constantinople oleh tentera Salib Latin pada tahun 1204.
Kemaraan Uthmaniyah ke dalam Yunani bermula dengan kemenangan ke atas Serb di utara dalam Pertempuran Maritsa pada tahun 1371. Tentera Serb diketuai oleh Raja Vukasin Mrnjavcevic, pemerintah bersama dan juga bapa kepada Putera Marko yang mana merupakan maharaja terakhir daripada dinasti Nemanjic Serbia. Ia kemudian diikuti dengan kemenangan seterusnya Uthmaniyah pada tahun 1389 dalam Pertempuran Kosovo.
Dengan tiadanya ancaman daripada pihak Serb dan perang saudara Byzantine yang meletus selepasnya, tentera Uthmaniyah berjaya menakluk Constantinople pada tahun 1453, seterusnya menuju ke selatan dan mara ke dalam wilayah Yunani, menawan Athens pada tahun 1458. Pihak Yunani bertahan di Peloponnesos sehingga tahun 1460, dan Venice dan Genoa berjaya mempertahankan beberapa pulau namun hampir kesemua dataran dan pulau di Yunani jatuh ke tangan Uthmaniyah menjelang tahun 1500. Kawasan pergunungan Yunani yang tidak disentuh menjadi tempat perlindungan para pelarian Yunani daripada pemerintahan Uthmaniyah serta markas serangan gerila.[2]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.