Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Pusat Penerbangan Angkasa Lepas Goddard (bahasa Inggeris: Goddard Space Flight Center, singkatan: GSFC) adalah sebuah makmal penelitian ruang angkasa NASA utama yang didirikan pada tanggal 1 Mei 1959 sebagai pusat penerbangan angkasa pertama dalam agensi tersebut.[1] GSFC mempekerjakan sekitar 10,000 pegawai kerajaan dan kontraktor, dan ia terletak sekitar 6.5 batu (10.5 km) timur laut Washington, D.C. di Greenbelt, Maryland, Amerika Syarikat. Pusat bidang utama NASA ini dinamakan sempena Dr Robert H. Goddard (1882–1945), pelopor perjangan roket moden di Amerika Syarikat.
Tampak atas dari Pusat Penerbangan Luar Angkasa Goddard (2010) | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 1 Maret 1959 |
Agensi terdahulu |
|
Bidang kuasa | Pemerintah federal Amerika Serikat |
Ibu pejabat | Greenbelt, Maryland, Amerika Serikat |
Kakitangan | 10.000 pegawai sipil dan kontraktor |
Eksekutif agensi |
|
Agensi induk | NASA |
Agensi-agensi anak |
|
Laman sesawang | www |
Peta | |
GSFC adalah organisasi gabungan saintis dan jurutera terbesar di Amerika Syarikat yang didedikasikan untuk meningkatkan pengetahuan mengenai bumi, sistem suria, dan alam semesta melalui pengamatan dari luar angkasa. GSFC merupakan laboratorium besar AS untuk mengembangkan dan mengoperasikan pesawat angkasa tanpa pemandu ilmiah. GSFC melakukan penyelidikan ilmiah, pengembangan dan pengoperasian sistem ruang angkasa, serta pengembangan teknologi yang berkaitan. Para saintis dalam pusat Goddard dapat mengembangkan dan mendukung misi, serta insinyur dan juruteknik pusat dapat merancang dan membangun pesawat ruang angkasa untuk misi itu.
GSFC juga mengoperasikan dua jaringan pelacakan penerbangan luar angkasa dan data pemerolehan (Space Network dan Near Earth Network), mengembangkan dan memelihara sistem informasi data ilmu bumi dan angkasa lepas lanjutan, serta mengembangkan sistem satelit untuk Pentadbiran Kelautan dan Atmosfera Kebangsaan.
GSFC mengelola operasi dan misi internasional NASA, seperti Teleskop Angkasa Lepas Hubble (HST), program Explorer, program Discovery, Sistem Observasi Bumi (EOS), INTEGRAL, MAVEN, OSIRIS-REx, Observatorium Matahari dan Heliosferaa (SOHO), Balai Cerap Dinamik Matahari (SDO), Rossi X-ray Timing Explorer (RXTE), dan Swift. Misi masa lalu yang dikelola oleh GSFC termasuk Balai Cerap Sinar Gama Compton, SMM, COBE, IUE, dan ROSAT.
Kampus pusat ini sebahagiannya kelilingi hutan yang terletak beberap batu jauh dari timur laut Washington, D.C. Pusat kawasan terletak di Greenbelt Road, terutamanya pada Maryland Route 193, Baltimore, Annapolis dan ibu pejabat NASA di Washington yakni pada jarak pemanduan 30–45 minit jauh melalui lebuh raya. Greenbelt turut mempunyai stesen kereta api penghubung dengan akses kepada sistem Washington Metro dan landasan Camden kereta api komuter MARC.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.