Gila Gusti
From Wikipedia, the free encyclopedia
Gila Gusti merupakan filem aksi komedi Malaysia 2022. Ia mengisahkan dua peminat gusti yang membantu seorang ahli gusti professional tempatan untuk mencari semula semangat demi menangi semula kejuaraan gusti selepas tewas.[1]
Gila Gusti | |
---|---|
Pengarah | Silver Chung |
Penulis | Ayez Shaukat |
Dihasilkan oleh | Aron Koh |
Dibintangi |
|
Syarikat penerbitan | APAC Wrestling, Lomo Pictures |
Tarikh tayangan | 17 Mac 2022 (Malaysia, Brunei, Singapore) |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Ia ialah filem pertama bertemakan gusti profesional (pro wrestling) di Malaysia. Ia menampilkan ahli gusti professional terkenal di Malaysia iaitu Ayez Shaukat-Fonseka, dan dibintangi oleh Elizabeth Tan, Ayez Shaukat, dan Aisar Khaledd.[2]
Filem ini ditayangkan di pawagam pada 17 Mac 2022 di Malaysia, Brunei dan Singapura.
Sinopsis
Dua orang sahabat, Mamat dan Zul, obses terhadap gusti dan mengidolakan ahli gusti tempatan terkenal bernama Naga. Apabila Naga tewas dalam perlawanan besarnya dan patah semangat untuk terus bergusti, Mamat dan Zul nekad untuk membantu idola mereka mencari semula semangat yang hilang demi memenangi semua kejuaraan gusti Asia Pasifik. Berjayakah Mamat dan Zul membantu Naga?[3]
Pelakon
- Syafie Naswip sebagai Mamat
- Elizabeth Tan sebagai Julia
- Ayez Shaukat Forseka Farid sebagai Naga
- Aisar Khaledd sebagai Zul
- Pekin Ibrahim sebagai Jiggy
- Jalaluddin Hassan sebagai Tiger Rajah
- Nia Atasha sebagai Soloz
- Gotham (Gautham Kanakaraj)
- Nor "Phoenix" Diana
- The Wonderboy
- Poppy Ang
Keluaran
Filem ini memaparkan industri gusti profesional (pro wrestling) di Malaysia dan menampilkan adegan sebenar yang dilakukan oleh ahli gusti profesional.[4] Pelakon utama Ayez Shaukat ialah ahli gusti profesional pertama dan terkenal di Malaysia. Dia juga pengasas syarikat gusti Malaysia Pro Wrestling (MyPW) dan APAC Wrestling di Malaysia.
Nor "Phoenix" Diana, ahli gusti profesional berhijab pertama turut berlakon dalam filem. Penggusti lain termasuk The Wonderboy, Gautham Kanakaraj (Gotham), and Poppy Ang.[5]
Sumber rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.