Geografi ekonomi ialah kajian lokasi, pengagihan, dan susunan ruangan tentang aktiviti-aktiviti ekonomi merentasi seluruh dunia. Isi yang diselidiki amat dipengaruhi oleh pendekatan perkaedahan seseorang penyelidik. Ahli teori lokasineoklasikmengikut jejak Alfred Weber dan cenderung menumpukan lokasi perindustrian dan menggunakan kaedah kuantitatif. Sejak dekad 1970-an, dua tindak balas yang umum terhadap pendekatan neoklasikisme telah mengubah disiplin ini dengan ketara:
Ekonomi politik Marxisme yang bercabang daripada karya David Harvey; dan
Geografi ekonomi baharu yang mengambil kira faktor-faktor sosial, budaya, dan institusi dalam ekonomi ruangan.
Geografi ekonomi biasa dianggap sebagai salah satu subbidang disiplin geografi. Bagaimanapun, pada masa kebelakangan ini, ahli-ahli ekonomi seperti Paul Krugman dan Jeffrey Sachs telah melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang boleh dianggap sebagai sebahagian geografi ekonomi.[1] Krugman sanggup menggelar penggunaan pemikiran ruangannya pada teori perdagangan antarabangsa sebagai "geografi ekonomi baharu" yang bersaing secara langsung dengan pendekatan dalam disiplin geografi yang dikenali sebagai "geografi ekonomi baharu". Nama ekonomi kegeografian telah dicadangkan sebagai suatu alternatif untuk mengatasi masalah tersebut.[2]
Disebabkan adanya berbagai-bagai pendekatan, geografi ekonomi telah merangkumi banyak isi yang berbeza, termasuk (senarai ini tidak lengkap):
ekonomi bentuk bandar;
ekonomi etnik;
ekonomi jantina;
ekonomi penumpuan (juga dikenali sebagai "talian" atau "rangkaian");
Geografi ekonomi teori menumpukan pembinaan teori tentang susunan ruangan dan pengagihan aktiviti ekonomi.
Geografi ekonomi kawasan mengkaji keadaan ekonomi kawasan-kawasan atau negara-negara di dunia. Ia juga mengkaji pewilayahan ekonomi.
Geografi ekonomi kritis ialah pendekatan daripada sudut pandangan geografi kritis sezaman dan falsafahnya.
Geografi ekonomi tingkah laku mengkaji proses kognitif yang mendasari taakulan ruangan, pembuatan keputusan lokasi, dan tingkah laku firma [3] dan individu.
Daripada segi tema, geografi ekonomi boleh dibahagikan kepada subdisiplin seperti yang berikut (tidak lengkap):
Geografi Pertanian
Geografi Industri
Geografi Perdagangan Antarabangsa
Geografi Sumber
Geografi Pengangkutan dan Komunikasi.
Bagaimanapun, bidang kajian yang tersebut mungkin bertindih dengan sains geografi yang lain atau dapat dianggap sebagai satu bidang yang berasingan.
Gordon L. Clark, Meric S. Gertler, and Maryann P. Feldman (penyunting). The Oxford Handbook of Economic Geography. Oxford University Press. ISBN978-0-19-823410-4.CS1 maint: multiple names: editors list (link)