Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Geoffrey Chaucer (/ˈtʃɔːsər/; c. 1343 – 25 Oktober 1400) merupakan seorang penyajak Inggeris. Beliau mengkaryakan banyak penulisan sastera dalam bahasa Inggeris menaikkan taraf bahasa yang dituturkan dalam kalangan orang sezamannya sedangkan bahasa-bahasa Perancis dan Latin dianggap bahasa lebih berdarjat tinggi pada Zaman Pertengahan; beliau dilihat sebagai perlambangan warisan sajak England.[1] malah sering dijolok "Bapa Sastera Inggeris" atau "Bapa Sajak Inggeris" atas sebab ini.[2] Mahakarya terhebat beliau memainkan peranan dalam peninggian bahasa Inggeris ini adalah Hikayat Canterbury (The Canterbury Tales).[3]
Geoffrey Chaucer | |
---|---|
Lahir | c. 1343 London, England |
Meninggal dunia | 25 Oktober 1400 (aged 56-57) |
Tempat pengebumian | Westminster Abbey, London |
Pekerjaan | Pengarang, penyajak, ahli falsafah, birokrat, diplomat |
Bahasa | Middle English |
Chaucer lahir di London sekitar dekad 1340-an dengan tarikh tepatnya tidak diketahui. Bapa dan datuknya merupakan pembuat wain[4][5] manakala nenek moyang mereka merupakan saudagar yang berdagang di Ipswich. Nama keluarganya diserap dari kata bahasa Perancis chausseur bermaksud "tukang kasut".[6]
Pada 1357, beliau diupah sebagai pengutus pembesar Ulster, Elizabeth de Burgh;[7] Elizabeth berkahwin dengan Lionel, Duke Clarence, putera kedua Raja Edward III di mana hubungan ini membantu Chaucer dalam pengupahannya oleh raja tersebut sebagai seorang kerani pembantu baginda dari 1389 hingga 1391.[8]
Beliau mengikuti rombongan tentera Raja Edward III ke Perancis semasa Perang Seratus Tahun pada 1359. Beliau dikepung dan diculik tidak lama kemudian semasa kekacauan pengepungan Rheims, namun beliau diselamatkan baginda raja yang membayar wang tebusan £ 16[9] (atau £12,261 mengikut inflasi 2021) segera membebaskannya.
Chaucer meninggal atas sebab tidak diketahui pada 25 Oktober 1400, tarikh kematian ini berdasarkan batu nisan yang terpahat 100 tahun selepas kematian beliau.
Chaucer banyak menulis sindiran terhadap para paderi dan agamawan Katolik sezamannya sehingga menawan hati banyak orang dari kalangan saudagar dan orang kebanyakan yang makin celik huruf serta amat sangsi terhadap sistem gereja mereka.[10] Beliau masih tetap menegaskan pegangan terhadap agama Kristiannya setajam mana kritikan dan teguran yang dilontarkan dalam penulisannya terhadap agamawan yang disasarkan sebenarnya kerana sikap gelojoh dan kerakusan dimiliki mereka.[11]
Pengkaryaan beliau banyak menetapkan loghat London pada zamannya yang menggabungkan gaya-gaya sebutan Kent dan Midlands.[12] Beliau juga dikenalpasti para penulis kamus bahasa Inggeris sebagai sumber terulung banyak perbendaharaan kata bahasa Inggeris yang masih wujud hari ini.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.