Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Gempa bumi di timur Azerbaijan 2012 terjadi di bandar Ahar dan Varzaqan di Iran - Timur wilayah Azerbaijan pada 11 Ogos, 2012, jam 16:53 waktu Iran . Kedua-dua gempa pada ukuran 6.4 dan 6.3 skala berselang 11 minit. Pusat gempa gempa bumi kira-kira 60 km dari Tabriz. Seramai 306 orang mati dan lebih 3000 yang lain cedera terutama di pergunungan timur laut Tabriz . Gempa bumi turut dirasai di Armenia dan Azerbaijan , walaupun tiada kerosakan besar dilaporkan.
Tarikh | August 11, 2012 |
---|---|
Masa | 16:53:17 (UTC+04.30) (mainshock) 17:04:35 (UTC+04.30) (aftershock) |
Magnitud | 6.4 Mw,[1] 6.3 Mw[1] |
Kedalaman | 9 km (5.6 bt) |
Koordinat | 38°19′19.2″N 46°52′48″E |
Kawasan terjejas | Iran, also felt in Azerbaijan and Armenia |
Keamatan maksimum | VII-VIII |
Gegaran susulan | at least 60[2][3] |
Korban | 306 dead, 3,037 injured[4] |
Iran terdedah kepada gempa bumi yang kerap dan teruk kerana beberapa garis sesar utama merentasi negara itu. Gempa bumi pada 2003 dan 1990 mengorbankan kira-kira 26.000 dan 40-50,000 orang.
Iran terletak di dalam zon kompleks perlanggaran benua antara Plat Arab dan Plat Eurasian , yang bermula dari Bitlis- tali pinggang Zagros di selatan gunung -ganang Caucasus Besar , Sill Absheron-Balkan dan pergunungan Kopet Dag di utara. Perlanggaran antara kedua- dua plat . Di barat laut Iran, Plat Arab sedang bergerak ke utara pada kira-kira 20 mm setahun berbanding dengan Plat Eurasia, agak serong ke zon sempadan plat.
Gempa bumi 6,5 dan 6.3 ini berlaku sebagai hasil serong pada dalam kerak cetek kira-kira 300 km timur sempadan Plat Eurasia-Arab. Dua gempa bumi dipisahkan oleh 10 km ke arah timur-barat.
Televisyen negara Iran melaporkan gempa bumi itu melanda berhampiran bandar Ahar , Heris dan Varzaqan di Timur negeri Azerbaijan pada jam 4:53 pm waktu tempatan (12:23 GMT). Seramai 268 orang, 219 wanita dan 49 lelaki hilang nyawa di hospital-hospital. Selebihnya terbunuh di tempat kejadian.Menteri Kesihatan Iran Marzieh Vahid-Dastjerdi menyatakan bahawa 3037 orang telah cedera .Akses ke kampung-kampung telah dipotong dan komunikasi hanya melalui radio. Kampung berhampiran Varzaqan,banyak rumah-rumah daripada bata lumpur telah runtuh dan memerangkap terutamanya wanita dan kanak-kanak .
Enam puluh enam pasukan penyelamat telah dihantar ke rantau itu .Kira-kira 200 ambulans dan lima helikopter turut dihantar. 130 kampung-kampung atau 70-90% musnah dan 20 kampung diratakan sepenuhnya. Infrastruktur perubatan di rantau bencana yang telah dilanda tidak mencukupi dan terpaksa dihantar ke hospital yang terdekat.
Sebahagian Tabriz juga kehilangan bekalan elektrik, dan bandar berdepan kesesakan lalu lintas. Beberapa struktur bangunan telah rosak. Lebih daripada 200 orang di Varzaqan dan Ahar telah dikeluarkan dari bawah runtuhan bangunan . Mangsa diminta/diarahkan tinggal di luar pada waktu malam kerana bahaya susulan gegaran. Beberapa penduduk memerlukan roti, khemah-khemah dan air minuman.
Pasukan penyelamat terus mencari mangsa pada waktu malam .Pegawai-pegawai Iran menjangka angka kematian meningkat.Kerajaan Iran menganggarkan sekurang-kurangnya 16,000 orang menghabiskan malam pertama selepas gempa di pusat perlindungan kecemasan.
Sehari selepas gempa itu, lebih dari 36.000 orang telah diberi tempat perlindungan kecemasan, dan kerajaan Iran telah menghantar hampir 100 ambulans, 1100 pekerja Bulan Sabit Merah, 44,000 pakej makanan dan 5.600 khemah. Menurut pegawai Bulan Sabit Merah, lebih daripada 1,000 kampung terjejas oleh bencana tersebut, dan sekurang-kurangnya 5,000 orang cedera. Hospital di bandar-bandar utama penuh sesak dan ramai menunggu untuk mendapatkan rawatan.
Sekurang-kurangnya 80 gempa susulan telah dirasai. Yang terkuat diukur pada 6.3 skala magnitudselang 11 minit selepas gempa bumi awal 6,4.
Gabenor Azerbaijan mengumumkan dua hari berkabung .Mostafa Mohammad Najjar , Menteri Dalam Negeri Iran dan Marzieh Vahid Dastjerdi , Menteri Kesihatan melawat Tabriz dan Ahar. Tetapi Bulan Sabit Merah Iran tidak meminta sebarang bantuan antarabangsa. Tiga hari selepas gempa bumi, kerajaan Iran mengumumkan bahawa Iran kini akan menerima bantuan asing.
Azerbaijan menghantar konvoi bantuan 25 trak membawa 460 khemah, 1,000 katil, 3000 selimut, 20 tan beras, 40 tan tepung, dan 58 tan produk makanan lain untuk Ahar pada 13 Ogos 2012. Presiden Ilham Aliyev melahirkan rasa simpati dan takziah mengenai gempa bumi.
Duta Jepun ke Iran, Kinichi Komano, menyatakan rasa simpati kerajaan terhadap mangsa-mangsa gempa bumi dan mengumumkan kesediaan Jepun untuk menyediakan bantuan kemanusiaan. Presiden Pakistan Asif Zardari turut mengucapkan takziah.Presiden Russia Vladimir Putin turut menyatakan takziah dan menghulurkan bantuan.
Presiden Syria Bashar al-Assad turut mengucapkan takziah kepada Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad. Bulan Sabit Merah Turki menghantar sebuah trak dengan bekalan kecemasan ke sempadan. Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyatakan takziah dan menawarkan bantuan.
Setiausaha Akhbar Rumah Putih pada 12 Ogos 2012 mengucapakan takziah atas kehilangan nyawa. Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,Ban Ki-moon melahirkan rasa sedih dengan kehilangan ratusan nyawa dan PBB sudah bersedia untuk memberikan bantuan dan sokongan antarabangsa.
Kerajaan Iran telah dikritik .Keputusan berhenti mencari mangsa selepas 24 jam .Terdapat kekurangan khemah . Televisyen negeri Iran (IRIB) telah dikritik kerana kurang memberi liputan berita. Mereka mempersoalkan presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad yang tidak melawat kawasan kejadian dan tidak mengumumkan perkabungan awam.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.