Gemersik Kalbu
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Gemersik Kalbu merupakan drama yang mengisi slot Akasia antara 2 Januari 2012 hingga 12 Februari 2012. Dibintangi oleh Aqasha dan Ayu Raudhah.
Gemersik Kalbu | |
---|---|
Ditulis oleh | Sofia J. Rhyland |
Pengarah | Heykal Hanifah |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Bila Aku Jatuh Cinta" oleh Awi Rafael |
Lagu penutup | "Obsesiku" oleh Aqasha |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 24 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Zetty Alia Dato Ramly |
Penerbit | Zaitun Mohd Jiwa |
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Global Station |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 2 Januari 2012 – 12 Februari 2012 |
Gemersik Kalbu mengisahkan suka duka Raihana, seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup sejak kecil ditinggalkan dalam jagaan neneknya. Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri apabila neneknya meninggal dunia. Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang sama kerjaya dengannya membenihkan bibit-bibit cinta. Namun, setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pula pergi menyahut panggilan Ilahi. Raihana bagai terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri.
Kehadiran Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana kerana baginya cinta bukan satu paksaan mahupun lahir atas rasa simpati. Sufian yang begitu bersungguh memenangi hati Raihana telah berjaya menjerat si gadis dalam satu ikatan perkahwinan. Namun, Raihana bersikap dingin membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta kerana Wan Ariffin masih segar di hatinya. Mampukah Raihana menerima keikhlasan dan kasih sayang Sufian, suaminya yang sah dengan sepenuh hati?
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.