Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Gangren atau kelemayuh[6] ialah sejenis kematian tisu yang disebabkan oleh kekurangan bekalan darah.[4] Antara gelaja terlibat mungkin termasuk perubahan warna kulit kepada merah atau hitam, kebas, bengkak, sakit, kerosakan kulit dan kesejukan.[1] Kaki dan tangan paling kerap terjejas.[1] Sesetengah jenis mungkin wujud serentak dengan demam atau sepsis.[1]
Gangren | |
---|---|
Nama lain | Nekrosis bergangren |
Gangren kering mengganggu jejari kaki yang merupakan susulan kepada penyakit arteri periferi | |
Pengkhususan | Penyakit berjangkit, pembedahan |
Gejala | Perubahan warna kulit ke merah atau hitam, kebas, bengkak, sakit, kerosakan kulit dan kesejukan[1] |
Kerumitan | Sepsis, amputasi[1][2] |
Jenis | Gangren kering, gangren basah, gangren gas, gangren dalaman, fasilitis bernekrosis[3] |
Diabetes, penyakit arteri periferi, merokok, trauma major, alkoholisme, HIV/AIDS, reput fros, Sindrom Raynaud[3][4] | |
Rawatan | Pembedahan, antibiotik[5] |
Kekerapan | Tidak diketahui[2] |
sunting |
Antara faktor-faktor risiko berkaitan termasuklah diabetes, penyakit arteri periferal, merokok, trauma major, alkoholisme, HIV/AIDS, reput fros dan sindrom Raynaud.[3][4] Gangren boleh dipecahkan lagi kepada gangren kering, gangren basah, gangren gas, gangren dalaman, dan fasilitis bernekrosis.[3] Diagnosis gangren adalah berdasarkan simptom dan disokong dengan ujian seperti pengimejan perubatan.[7]
Rawatan mungkin melibatkan pembedahan untuk membuang tisu mati, antibiotik untuk merawat sebarang jangkitan, dan usaha untuk menangani punca yang mendasari keadaan ini.[5] Usaha pembedahan mungkin termasuk pendebridan, amputasi, atau penggunaan terapi berenga.[5] Usaha untuk merawat punca dasar mungkin termasuk pembedahan pintasan atau angioplasti.[5] Dalam kes tertentu, terapi oksigen hiperbarik mungkin berguna.[5] Seberapa kerap keadaan itu berlaku tidak diketahui.[2]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.