From Wikipedia, the free encyclopedia
Gadis Semasa Sunsilk merupakan sebuah siri drama televisyen realiti Malaysia 2011 arahan Bernard Chauly terbitan Red Communications. Dibintangi oleh Melda Ahmad, Ain Edruce dan Liyana Kamarhisham, ia berkisarkan konflik dalaman, aspirasi cinta, pahit manis, perkembangan peribadi dan perubahan hidup Melda. Siri ini memulakan tayangan perdana di TV3 bermula 11 Januari hingga 5 April 2011.[1][2]
Gadis Semasa Sunsilk | |
---|---|
Genre | Drama realiti |
Pengarah | Bernard Chauly |
Dibintangi oleh |
|
Lagu pembukaan | "Aku Adalah Aku" oleh Melda Ahmad |
Lagu penutup | "Aku Adalah Aku" oleh Melda Ahmad |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
Bilangan episod | 13 |
Penerbitan | |
Penerbit | Lina Tan |
Tempoh siaran | 20 minit |
Syarikat penerbitan | Red Communications |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 11 Januari 2011 – 5 April 2011 |
Mengisahkan seorang pelajar jurusan muzik yang mempunyai bakat terpendam, umpama sebutir permata yang belum ditemui sinarnya. Bakatnya hanya dikenali menerusi lagu nukilannya yang dimuatnaik ke laman sosial internet. Tidak pernah terlintas dalam fikiran gadis ini untuk merealisasikan impiannya di persada pentas.
Selaku jenama yang sinonim dengan kesempurnaan tahap pakar, Sunsilk, pakar penjagaan rambut akan berganding bahu dengan pakar vokal, Ajai; pakar personaliti, Wardina dan pakar dandanan tempatan, Bambang Soteto bagi menawarkan akses, pengalaman ekstensif dan bimbingan pakar untuk menyerlahkan keyakinan dan merealisasikan impian Gadis Semasa Sunsilk.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.