Francis Coquelin
Pemain bola sepak Perancis From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Francis Coquelin (lahir 13 Mei 1991) merupakan pemain bola sepak Perancis yang bermain sebagai Pemain tengah bertahan untuk kelab La Liga, Valencia.
Remove ads
Remove ads
Karier kelab
Dilahirkan di Laval, Mayenne,[1] Coquelin memulakan kariernya dengan bermain untuk AS Laval Bourny sebelum meninggalkan kelab itu pada tahun 2005 untuk menyertai kelab terbesar di commune, Stade Lavallois. Coquelin menghabiskan tiga tahun di kelab itu sebelum before ditemui oleh scout terkenal Arsenal Gilles Grimandi, ketika dalam tugasan antarabangsa, bermain dalam perlawanan pusingan kelayakan elit Kejohanan Eropah bawah-17 UEFA 2008 menentang Israel.
Arsenal
Musim 2008–09
Pada bulan Julai 2008, Coquelin menyertai Arsenal dari Stade Lavallois selepas ujian percubaan yang berjaya dengan kelab itu. Walaupun dia mengalami kecederaan paha semasa ujian percubaan itu, Coquelin dikagumi dan seterusnya ditawarkan perjanjian untuk tinggal di Utara London.[2] Coquelin bermain dalam pasukan utama ketika perlawanan persahabatan pra-musim menentang Barnet dan Szombathelyi Haladás,[3] dan membuat penampilan kompetitif pasukan utama buat pertama kali untuk Arsenal ketika kemenangan 6–0 ke atas Sheffield United pada 23 September 2008, masuk sebagai pemain gantian menggantikan Fran Mérida dan bermain sebagai pertahanan kanan.[4] Coquelin menjaringkan gol buat pertama kali untuk Arsenal ketika perlawanan pasukan simpanan menentang Stoke City pada 6 Oktober 2008.[5]
Musim 2009–10
Coquelin merupakan pemain tetap pasukan simpanan Arsenal ketika musim 2009–10, bermain 12 kali dan menjaringkan dua gol.[6] Pada 22 September 2009, dia bermain dalam pasukan utama buat pertama kali ketika menentang West Bromwich Albion dalam perlawanan pusingan ketiga Piala Liga Inggeris, bermain 58 minit sebelum digantikan oleh Mark Randall.[7] Dia bermain sekali lagi dalam Piala Liga, kali ini masuk sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua menggantikan Fran Mérida ketika kemenangan 2–1 ke atas Liverpool.[8] Coquelin bermain dalam perlawanan Piala FA ketika kekalahan 3–1 kepada Stoke City. Dia digantikan pada separuh masa kedua dengan Aaron Ramsey.[9]
Lorient (pinjam)

Coquelin memilih untuk berpindah ke FC Lorient secara pinjaman yang menyaksikan dia bermain bola sepak di Perancis sepanjang musim 2010–11. Dia membuat penampilan sulung untuk Lorient sebagai pemain gantian separuh masa kedua ketika kekalahan 2–1 di tempat sendiri kepada Nice pada 14 Ogos 2010.[10] Coquelin membuat bantuan gol pertamanya ketika kekalahan 6-3 Lorient kepada Lille. Coquelin mendapat kad merah pertamanya ketika bermain sebagai pertahanan kanan ketika menentang Valenciennes. Coquelin menjaringkan gol pertamanya dalam bola sepak profesional ketika FC Lorient menewaskan Stade Rennais F.C. 2–1, Francis menjaringkan gol kemenangan dari jarak dekat.[11] Dia menyelesaikan tempoh pinjamannya bersama Lorient dengan membuat 24 penampilan dalam Ligue 1, satu penampilan dalam Coupe de France dan menjaringkan satu gol.[12] Sky Sports melaporkan bahawa pengurus Lorient Christian Gourcuff ingin menandatangani Coquelin dan rakan sepasukan Arsenal Gilles Sunu secara pinjaman.[13]
Musim 2011–12
Selepas menghabiskan pra musim di Piala Dunia B-20 FIFA 2011 bersama Perancis, Coquelin kembali ke Arsenal dan pada 28 Ogos 2011 dia membuat penampilan pasukan utama buat pertama kali ketika menentang Manchester United. Coquelin bermain 62 minit ketika kekalahan 8–2 sebelum digantikan oleh Alex Oxlade-Chamberlain.[14] Coquelin membuat penampilan kesebelasan utama buat kali kedua untuk Arsenal ketika Derby Utara London menentang Tottenham Hotspur. Walaupun Arsenal kalah 2–1, Coquelin telah diundi sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Arsenal.com buat pertama kali.[15] Pada 6 Disember 2011, Coquelin membuat penampilan sulung Liga Juara-Juara untuk Arsenal ketika kekalahan 3–1 kepada Olympiacos, bermain 67 minit sebelum digantikan oleh Tomáš Rosický.[16] Pada 10 Januari 2012, Coquelin menandatangani kontrak jangka panjang dengan Arsenal. Orang Perancis itu diberikan perjanjian baru selepas aksi yang bagus di posisi tengah dan pertahanan.[17] Coquelin membuat bantuan gol pertamanya untuk Arsenal ketika kemenangan 7–1 ke atas Blackburn Rovers.[18]
Musim 2012–13
Ketika permulaan musim 2012–13, Coquelin mendapat nombor baru dalam skuad, berpindah dari nombor 39 ke 22.[19] Dia membuat penampilan pasukan utama buat pertama kali pada musim itu ketika kemenangan 6–1 ke atas Southampton, Coquelin bermain 67 minit sebelum digantikan Aaron Ramsey.[20] Coquelin membuat bantuan gol ketika kemenangan 6–1 ke atas Coventry City FC dalam perlawanan Piala Liga.[21] On 25 October 2012, Coquelin dianugerahkan Pemain Terbaik Perlawanan Arsenal.com untuk aksinya ketika kekalahan 2–0 kepada FC Schalke 04.[22]
Freiburg (pinjam)
Pada 5 Julai 2013, Arsenal mengumumkan bahawa Coquelin akan dipinjamkan kepada Freiburg untuk musim 2013–14. Dia menjaringkan gol pertamanya untuk kelab itu ketika kemenangan 2-1 ke atas Slovan Liberec. [23]
Remove ads
Karier antarabangsa
Coquelin merupakan pemain belia antarabangsa Perancis dan telah bermain untuk pasukan bawah-17, bawah-18, bawah-19, bawah-20 dan bawah-21. Coquelin memainkan perana penting ketika Perancis memenangi Kejohanan Eropah bawah-19 UEFA 2010.[24]
Coquelin, dan bekas rakan sepasukan Arsenal Gilles Sunu, dinamakan dalam skuad 21 pemain untuk Piala Dunia B-20 FIFA 2011.[25]
Coquelin mendapat kad merah pertamanya di peringkat bawah-21 ketika kekalahan 2–1 kepada Slovakia; dia diberikan kad merah selepas kekasaran ke atas Filip Kiss.[26]
Remove ads
Statistik karier

- Sehingga 12 November 2013[27]
Kejayaan
Kelab
- Belia Arsenal
- Premier Academy League: 2008–09[28]
Arsenal
- Perisai Komuniti FA: 2014
- Piala Belia FA: 2008–09[29]
Antarabangsa
- Kejohanan Eropah Bawah-19 UEFA: 2010[24]
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads