Fong Po Kuan

From Wikipedia, the free encyclopedia

Fong Po Kuan

Fong Po Kuan (Bahasa Cina: Tulisan Cina Ringkas 冯宝君; pinyin: Féng Bǎojūn) (lahir 15 September 1973 di Perak) merupakan seorang ahli politik Malaysia dari Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Fakta Segera Ahli Parlimen Malaysia bagi Batu Gajah, Perak, Didahului oleh ...
Fong Po Kuan
冯宝君
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Batu Gajah, Perak
Dalam jawatan
1999–2013
Didahului olehYeong Chee Wah
Maklumat peribadi
Lahir (1973-09-15) 15 September 1973 (umur 51)
Perak
Parti politik Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Pasangan Tan Chen Choon
Pekerjaan Ahli Parlimen
Laman webhttp://pokuan.blogsome.com
Tutup

Pendidikan

Beliau mengambil STPM di Anglo Chinese School, Ipoh pada tahun 1992. Selepas itu, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) dari tahun 1993 hingga 1997, memperolehi ijazah undang-undang.

Kerjaya politik

Pada pilihanraya Malaysia 1999, Fong telah memenangi kerusi parlimen Batu Gajah, dan ini menjadikannya Ahli Parlimen (MP) termuda di Malaysia ketika itu.[perlu rujukan] Beliau memenangi 19,867 dari 38,774 undian keseluruhan, dan mendapat majoriti 2,071 dengan 67.5% peratus pengundian.

Selepas pilihanraya umum ke-12 pada Mac 2008, Fong Po Kuan berjaya mempertahankan kerusi Parlimennya dengan majoriti yang lebih besar dari sebelumnya.

Keputusan Pilihanraya[1]

Maklumat lanjut Tahun, Kawasan ...
TahunKawasanUndianMajoritiJumlah UndianLawanPeratus pengundian
1999P63 Batu Gajah19,867menang dengan 2,07138,774Yeong Chee Wah (BN - MCA)
Yang Kar Ming (MDP)
65.68%
2004P66 Batu Gajah28,847menang dengan 8,03350,952Ong Ka Chuan (BN - MCA)69.66%
2008P66 Batu Gajah39,922menang dengan 24,62756,270Cheah Yoke Can (BN - MCA)72.78%
Tutup

Kehidupan peribadi

Fong, 34, telah berkahwin dengan setiausaha penganjuran DAP Johor, Tan Chen Choon, 37, pada 12 Januari 2008.

Pautan luar

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.