Fiona (lagu 4U2C)

lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh kumpulan pop Malaysia, 4U2C From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

"Fiona" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh kumpulan pop Malaysia, 4U2C.[1] Lagu ini ialah hasil ciptaan sepenuhnya oleh salah seorang ahli 4U2C, Joe dan merupakan salah satu lagu terkenal kumpulan ini dan menjadi siulan peminat sehingga kini.[1][2] Ia turut berperanan terhadap kejayaan album sulung 4U2C. Berikutan populariti lagu itu, album sulung senama 4U2C berjaya terjual sebanyak 70,000 unit.[3] Versi bahasa Inggeris lagu ini telah dirakamkan semula oleh Krash Kozz.[4]

Fakta Segera Single oleh 4U2C, daripada album 4U2C ...
Remove ads
Remove ads

Senarai runut

Maklumat lanjut Versi 4U2C, No. ...
Maklumat lanjut Versi Krash Kozz, No. ...

Keluaran

"Fiona" dikeluarkan pada 1992 sebagai single sulung 4U2C untuk album sulung senama kumpulan ini sekaligus terletak di trek pertama album.[1] Versi adunan semula lagu ini telah dimuatkan dalam EP pertama 4U2C, ♥2CU. Ia menjadi kejayaan komersial sekaligus menjadi lagu terkenal 4U2C sehingga kini.[2] "Fiona" turut menyumbang kepada kejayaan album pertama 4U2C hingga berjaya terjual sebanyak 70,000 unit.[3]

Remove ads

Versi Krash Kozz

Pada tahun 1993, "Fiona" telah dirakamkan semula oleh kumpulan Krash Kozz dengan diberi nafas baru dan liriknya diterjemahkan ke bahasa Inggeris. Joe dari kumpulan 4U2C berkhidmat sebagai komposer dan penulis lirik. "Fiona" versi bahasa Inggeris terletak di trek ketiga dan dikeluarkan sebagai salah satu single utama untuk album ketiga Krash Kozz, New Jack The Street Beat yang dikeluarkan pada April 1993.[4]

Rujukan

Loading content...
Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads