From Wikipedia, the free encyclopedia
Filem Dua Kali Lima merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura pada tahun 1966. Filem Dua Kali Lima diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna terbitan Cathay-Keris Film Productions. Filem Dua Kali Lima diarah oleh pengarah M. Amin pada 1966.
Dua Kali Lima | |
---|---|
Pengarah | M. Amin |
Dibintangi |
|
Sinematografi | Wong Wa |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Cathay Organisation |
Tarikh tayangan | 1966 |
Masa tayangan | 89 minit |
Negara | Singapura |
Bahasa | Melayu |
Mengisahkan persaingan perniagaan antara Kulob Kecil (Udo Omar) dan Kulob Besar (Ahmad Nisfu) yang tiada hentinya. Mereka bersaing dari kawasan perniagaan hinggalah ke rumah. Kedua-dua mereka mengusahakan perniagaan berasaskan tekstil dan fesyen, premis perniagaan mereka juga sebelah menyebelah.
Ani (Anita Sarawak), Ana (Dewi Asiah), Mat (Mat Sentul) dan Abdul Wahid (Wahid Satay) masing-masing adalah anak kepada Kulob Kecil dan Kulob Besar. Mereka mula berkawan tetapi bapa mereka tidak berkenan. Mereka dua keluarga ini duduk di rumah sewa milik Sarah.
Mat yang berkereta mewah cuba memikat Ana, manakala Abdul Wahid juga cuba bersaing dengan Mat untuk merebut cinta Ana. Keadaan jadi tak keruan bila mereka bersengketa kerana Ana bersama OK Mat, tetapi Abdul Wahid dan Ani juga tidak senang melihat mereka bahagia. Mereka berdamai dan Ani bersama Ok Mat dan Ana bersama Abdul Wahid. Disebabkan saling bersaing tanpa memikirkan kesan jangka panjang, strategi perniagaan Kulob Kecil dan Besar gagal dan dilanda masalah kewangan.
Abdul Wahid dan Mat juga tidak digemari oleh bapa pasangan masing masing-masing. Tetapi mereka berusaha keras untuk memenangi hati bapa pasangan mereka dengan membantu melangsaikan hutang piutang. Kulob Besar dan Kecil kini bekerjasama dibawah satu bumbung sebagai Kulob Bersatu Tailor.
Meskipun filem ini diterbitkan di era 60an tetapi permasalahan sosial yang diketengahkan sama seperti harini bilamana anak-anak Kulop Besar dan Kecil dijodohkan oleh orang tua masing-masing tetapi anak perempuan mereka lebih suka mencari pasangan sendiri.
Gejala sosial seperti pulang lewat malam, pergaulan tanpa batas lelaki dan perempuan, juga isu mengandung anak luar nikah diangkat dalam salah satu adegan filem ini. Sedangkan isu berat seperti mengandung tanpa nikah mula menjadi masalah sosial utama di negara ini mulai era 90an dan 2000an. Permasalahan ini sudah ada di era 60an lagi bila mana majoriti masyarakat Malaysia masih lagi konservatif dan tidak begitu terbuka pada budaya-budaya Barat yang menjadi kegemaran anak muda era itu.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.