From Wikipedia, the free encyclopedia
The Wind Rises (Jepun: 風立ちぬ , Hepburn: Kaze Tachinu) ialah filem drama sejarah animasi Jepun 2013 arahan Hayao Miyazaki dan animasi oleh Studio Ghibli. Ia diterbitkan oleh Toho pada 20 July 2013 di Jepun dan Touchstone Pictures di Amerika Utara pada 21 Februari 2014.[5][6]
The Wind Rises | |
---|---|
Jepun | 風立ちぬ |
Hepburn | Kaze Tachinu |
Pengarah | Hayao Miyazaki |
Penulis | Hayao Miyazaki |
Berdasarkan | Kaze Tachinu oleh Hayao Miyazaki |
Dihasilkan oleh | Toshio Suzuki |
Dibintangi |
|
Sinematografi | Atsushi Okui |
Disunting oleh | Takeshi Seyama |
Muzik oleh | Joe Hisaishi |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Toho |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 126 minit[1] |
Negara | Jepun |
Bahasa |
|
Bajet | $30 million[2] |
Pecah panggung | $136.5 juta[3][4] |
Filem ini merupakan filem kisah hidup cereka bagi Jiro Horikoshi (1903–1982), pereka model-model pesawat pejuang Mitsubishi A5M dan Mitsubishi A6M Zero yang digunakan tentera Empayar Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Filem ini diadaptasi dari manga Miyazaki berjudul sama yang sendirinya berdasarkan sebuah cerpen tahun 1937 oleh Tatsuo Hori.[7] Ia adalah filem terakhir yang diarahkan oleh Miyazaki sebelum beliau bersara pada September 2013.[8]
Ia merupakan filem Jepun yang tertinggi pendapatan kasar di Jepun pada tahun 2013 dan mendapat pujian kritis. Ia menang dan telah dicalonkan untuk beberapa anugerah termasuk pencalonan untuk Anugerah Akademi bagi Feature Animasi Terbaik, Anugerah Golden Globe bagi Filem Bahasa Asing Terbaik, dan Hadiah Akademi Jepun bagi Animasi Terbaik Tahun itu.
Pada tahun 1918, Jiro Horikoshi yang masih remaja teringin untuk menjadi seorang juruterbang, tetapi penglihatan rabun dekatnya menjadi penghalang. Dia membaca mengenai pereka pesawat Itali terkenal, Giovanni Battista Caproni dan bermimpi mengenainya pada malam itu. Dalam mimpi itu, Caproni memberitahunya bahawa membina pesawat adalah lebih baik daripada menerbanginya.
Lima tahun kemudian, Jiro menaiki kereta api untuk belajar kejuruteraan aeronautik di Universiti Imperial Tokyo dan bertemu dengan seorang gadis muda, Nahoko, yang melancong dengan pembantu rumahnya. Apabila Gempa Besar Kanto tahun 1923 melanda, pembantu rumah Nahoko itu patah kaki, Jiro membawanya kepada keluarga Nahoko. Dia pergi tanpa memberi namanya.
Pada tahun 1927, Jiro tamat belajar bersama kawannya Kiro Honjo (yang kemudiannya mereka Mitsubishi G3M), dan kedua mereka memulakan kerja dengan pengeluar pesawat Mitsubishi dan ditugaskan untuk mereka bentuk sebuah pesawat pejuang, Falcon, bagi Tentera Imperial. Semasa ujian pada tahun 1928, Falcon berkecai semasa penergangan dan pihak Tentera menolaknya. Hilang semangat mengenai kemunduran teknologi Jepun, Jiro dan Honjo dihantar ke Jerman pada tahun 1929 untuk menjalankan penyelidikan teknikal dan mendapatkan lesen pengeluaran untuk pesawat Junkers G.38. Jiro melihat Hugo Junkers , bertengkar dengan pengawal Jerman dan berhadapan dengan samseng Nazi. Dia sekali lagi bermimpi mengenai Caproni, yang memberitahunya bahawa dunia adalah lebih baik dengan keindahan kapal terbang, sungguhpun manusia mungkin menggunakannya bagi tujuan yang buruk.
Pada musim bunga tahun 1932, Jiro dinaikkan pangkat sebagai ketua pereka untuk pertandingan pesawat pejuang yang ditaja oleh Tentera Laut Imperial, tetapi reka bentuk beliau, Mitsubishi 1MF10 , gagal ujian pada tahun 1933 dan ditolak. Kecewa, Jiro pergi ke sebuah resort musim panas di Karuizawa untuk berehat, di mana dia bertemu Nahoko lagi. Mereka menjadi rapat, tetapi Nahoko mengidap batuk kering dan enggan untuk berkahwin sehingga dia pulih. Seorang pelawat Jerman persendirian mengkritik rejim Nazi, Hans Castorp, membantu percintaan mereka sebelum melarikan diri dari ditahan oleh polis rahsia Jepun.
Dikehendaki kerana kaitannya dengan Castorp, Jiro menyembunyikan di rumah penyelianya sementara dia bekerja bagi projek tentera laut yang baru. Berikutan pendarahan paru-paru, Nahoko pulih di sanatorium alpine tetapi tidak tahan berpisah dari Jiro, dan kembali untuk mengahwininya. Kayo, kakak Jiro seorang doktor, memberi amaran pada Jiro bahawa perkahwinannya dengan Nahoko akan berakhir teruk kerana batuk kering tidak boleh diubati. Walaupun kesihatan Nahoko yang merosot, dia dan Jiro menikmati tempoh masa mereka bersama-sama.
Jiro pergi untuk penerbangan ujian pesawat prototaip barunya, Mitsubishi A5M . Merasakan bahawa dia akan mati, Nahoko secara diam kembali ke sanatorium dan meninggalkan surat untuk Jiro, keluarganya, dan rakan-rakan. Di tapak ujian, Jiro yang terganggu dari kejayaannya oleh tiupan angin, merasai saat kematian Nahoko itu.
Pada musim panas tahun 1945, Jepun telah kalah Perang Dunia II dan telah hancur oleh serangan udara. Jiro sekali lagi bermimpi menemui Caproni, memberitahu dia kesal bahawa pesawatnya itu telah digunakan untuk peperangan. Sekumpulan pesawat Zeros terbang lalu dan juruterbang mereka memberi hormat pada Jiro. Caproni menenangkannya dengan berkata impian Jiro untuk membina pesawat indah telah tetap direalisasikan. Nahoko muncul, menggalakkan suaminya untuk menikmati hidupnya dengan sepenuhnya.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.