Fernando Forestieri

pemain bola sepak Itali-Argentina From Wikipedia, the free encyclopedia

Fernando Forestieri

Fernando Martin Forestieri (lahir 15 Januari 1990) ialah pemain bola sepak profesional yang bermain sebagai penyerang. Dilahirkan di Argentina, beliau merupakan bekas pemain antarabangsa remaja Itali.

Fakta Segera Maklumat peribadi, Nama penuh ...
Fernando Forestieri
Thumb
Forestieri pada 2014
Maklumat peribadi
Nama penuh Fernando Martin Forestieri[1]
Tarikh lahir (1990-01-15) 15 Januari 1990 (umur 35)[2]
Tempat lahir Rosario, Argentina
Ketinggian 1.72 m (5 ka 8 in)[2]
Posisi permainan Penyerang, penyerang tengah
Kerjaya remaja
2003 Newell's Old Boys
2003–2006 Boca Juniors
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2006–2009 Genoa 1 (1)
2007–2009Siena (pinjaman) 19 (1)
2009Vicenza (pinjaman) 19 (5)
2009–2013 Udinese 0 (0)
2009–2010Málaga (pinjaman) 19 (1)
2011Empoli (pinjaman) 19 (3)
2011–2012Bari (pinjaman) 28 (2)
2012–2013Watford (pinjaman) 14 (3)
2013–2015 Watford 66 (17)
2015–2020 Sheffield Wednesday 128 (40)
2020–2021 Udinese 23 (3)
2022–2024 Johor Darul Ta'zim 40 (34)
Pasukan kebangsaan
2006–2007 Itali B-17 8 (5)
2007–2008 Itali B-19 14 (4)
2008–2010 Itali B-20 2 (0)
2011–2012 Itali B-21 2 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 10:59, 19 Januari 2022 (UTC)
Tutup

Kerjaya kelab

Dilahirkan di Rosario, Argentina, kepada ibu bapa Itali, kerjaya Forestieri bermula pada 2003 dengan Newell's Old Boys. Kemudian pada tahun itu, ketika beliau baru berumur 13 tahun, Boca Juniors membeli Forestieri dengan harga $50,000. Dengan ibu bapanya pulang ke tanah air, Forestieri meninggalkan Boca untuk menyertai Genoa pada umur 16 tahun.

Genoa

Pada Januari 2006, Genoa menandatangani Foresieri dalam kontrak untuk tiga tahun. Boca cuba untuk mengekalkan pemain muda itu, tetapi gagal berbuat demikian.[3] Pada Mac, Boca mencabar keteraturan pemindahan itu dan menolak €300,000 ganti rugi dari Genoa, kelab Argentina mengemukakan kes itu kepada AFA.[4] Pada musim panas, beliau bermain beberapa perlawanan persahabatan dengan Genoa, dan di salah seorang daripada mereka Presiden Torino Urbano Cairo melihat Foresieri dalam tindakan dan menawarkan €500,000 untuknya, tetapi Genoa enggan membuat demikian.[5]

Pada 8 November 2006, Forestieri membuat penampilan sulung rasminya bersama Genoa dalam kekalahan Coppa Italia menentang Empoli.[6] Forestieri membuat penampilan pertama dalam liga Serie B pada 13 Januari 2007, pada perlawanan di tempat lawan di mana pasukan beliau tewas 2–1 kepada Pescara, bagaimanapun beliau menjaringkan gol tunggal untuk Genoa. Beliau kemudian bermain sebagai pemain tetap dengan pasukan remaja Genoa Primavera yang memenangi trofi Antarabangsa Viareggio 2007.

Pada 25 Julai 2007, Siena mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani Foresieri dari Genoa dalam perjanjian pemilikan bersama,[7] untuk harga €1.7 juta,[8] bagi mengimbangi hutang pemindahan ke Siena yang melibatkan pemindahan Andrea Masiello dan Abdoulay Konko ke Genoa.[9] Beliau membuat penampilan sulung Serie A pada 26 September apabila masuk dari bangku simpanan dalam perlawanan menentang Atalanta. Pada 13 Januari 2008, Foresieri menjaringkan gol pertamanya untuk Siena selepas dibawa sebagai pengganti menentang Internazionale dalam kekalahan 3-2.

Pada 25 Jun 2008, Genoa memperoleh keseluruhan hak perpindahannya untuk €4.5 juta (dengan Siena memperoleh separuh daripada Manuel Coppola dengan harga €1.5 juta[10] dan hak penuh Abdelkader Ghezzal untuk €3.5 juta[11]), secara berturut-turut meminjamkannya kepada Siena untuk musim lanjut,[12] tetapi pada bahagian pertama musim dengan jurulatih Marco Giampaolo beliau bermain hanya dalam dua perlawanan.

Pada Januari 2009, dia dipinjamkan ke Vicenza dalam Serie B, di mana beliau menjaringkan 5 gol dalam 19 penampilan.

Johor Darul Ta'zim

Pada 14 Januari 2022, beliau telah menandatangani kontrak bersama juara Liga Super Malaysia Johor Darul Ta'zim dengan harga perpindahan RM4.6 juta, menjadikan beliau pemain termahal liga.[13]

Kerjaya antarabangsa

Selepas menolak panggilan ke pasukan bawah-17 tahun Argentina, Forestieri telah dipanggil oleh Itali untuk pasukan bola sepak B-17, B-19 dan B-20.[14] Pada 13 April 2011 beliau membuat penampilan sulungnya bersama pasukan Itali B-21 dalam perlawanan persahabatan menentang Rusia.

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.