From Wikipedia, the free encyclopedia
Federico Moreno Torroba (1891-1982) ialah penggubah Sepanyol yang dilahirkan di Madrid.
Torroba adalah penggubah yang bertanggungjawab dalam usaha beliau mengembangkan zarzuela, iaitu sejenis opereta Sepanyol ke taraf antarabangsa. Beliau juga merupakan seorang konduktor muzik yang telah banyak memimpin orkestra dan zarzuela; dan memperkenalkan zarzuela untuk para penonton antarabangsa dalam opera-opera gubahan dan arahan beliau. Selain itu, beliau juga amat terkenal dengan hasil karya karangan muzik untuk gitar klasikal (juga dipanggil gitar Sepanyol) [1].
Selain dari memimpin muzik orkestra , beliau juga bertanggungjawab di dalam penulisan banyak karya muzik traditional Sepanyol. Kejayaan terbesar beliau di dalam zarzuela adalah Luisa Fernanda yang ditulis pada tahun 1932 dan La Chulapona dalam tahun 1934.
Antara lain yang terkenal termasuklah La Virgen de Mayo (1925) dan El Poeta (1980), yang dilakonkan oleh Plácido Domingo sebagai pelakon utama [2].
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.