Fan Fanatik

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Fan Fanatik adalah sebuah rancangan game show 13 episod terbitan Astro Ria yang menampilkan para selebriti dan kelab peminat mereka. Ia dikendalikan oleh Nabil Ahmad dan Yaya Zahir. Rancangan ini mula ditayangkan bermula pada 8 November 2017 dengan menampilkan pelbagai permainan yang akan dimainkan oleh peserta. Setiap episod akan diumumkan salah seorang pemenang dan akan merangkul trofi Fan Fanatik. Di samping itu, rancangan ini juga turut menguji pengetahuan para peminat tentang selebriti kesayangan mereka.

Pelbagai cabaran harus ditempuhi oleh artis dan para peminat untuk mendapatkan trofi Fan Fanatik, antaranya ialah Tepat Cepat Padat, Lekas Pantas Tangkas serta Terlingkup Terlangkup Terlokop. Tepat Cepat Padat adalah cabaran pertama untuk para peminat menjawab kuiz tentang selebriti kesayangan mereka. Jika salah, selebriti mereka akan disimbah air berwarna.

Seterusnya, cabaran Lekas Pantas Tangkas adalah cabaran di mana empat peminat dipilih oleh selebriti untuk bekerjasama dalam permainan seperti menuang air di dalam jag di atas kepala sambil membawa belon di badan, menempuh halangan pokok kaktus, menerbalikkan cawan yang sudah diminum dan menyelesaikan gambar terpisah. Jika kalah, selebriti yang menang akan menolak peminat selebriti yang kalah.

Cabaran terakhir adalah Terlingkup Terlangkup Terlokop, iaitu permainan jenga bernombor. Lima peminat yang terpilih membantu mengeluarkan blok tersebut dan selebriti digantung di atas bahagian jenga. Blok jenga bernombor itu mesti dipilih secara rawak dan blok yang banyak dikeluarkan adalah pemenang. Manakala, peserta yang kalah dan blok yang tertinggal akan dijatuhkan.

Remove ads

Peserta

Para peserta terdiri daripada para selebriti dan peminat mereka.

Maklumat lanjut Episod, Selebriti ...
Remove ads

Pautan luar

Rujukan

What's On Astro

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads