From Wikipedia, the free encyclopedia
Eugenika (dari akar bahasa Yunani εὐγενής eugenes 'berketurunan baik'; daripada εὖ eu, 'baik' dan γένος genos, 'bangsa, keturunan')[1][2] ialah falsafah sosial yang terdiri daripada suatu kepercayaan memperbaiki mutu genetik populasi umat manusia[3][4] melalui penyingkiran orang-orang berpenyakit dan cacat serta memperbanyakkan individu sihat fizikal badan.[5]
Pada abad ke-20, banyak negara melakukan pelbagai usaha yang bertujuan mencapai ketulenan genetik ini seperti memaksa pengguguran kandungan, genosida, pengendalian kelahiran, penyelidikan genetik, serta undang-undang yang melarang berkahwin dengan kelompok tertentu.
Konsep penulenan baka atau keturunan untuk melahirkan dan membentuk manusia yang sempurna telah lama difikirkan seawal zaman Plato, di mana filsuf tersebut mencadangkan pembiakan terpilih demi menghasilkan suatu kelas atau kasta penjaga.[6] Di Sparta misalnya, setiap anak yang lahir akan diperiksa oleh suatu majlis yang menetukan nasib anak tersebut sama ada dibenarkan hidup. Seorang bapa di Rom Purba diwajibkan membunuh anak kelahirannya dengan segera sekiranya didapati berkelainan upaya secara fizikal.[7]
Idea eugenik yang moden berasaskan suatu kefahaman terhadap kewarisan manusia mulanya datang daripada pemberi nama bidang ini Francis Galton,[8] seorang ahli antropologi dan sosiologi dari England yang mendapat ilham daripada teori evolusi Charles Darwin[9] lalu berhasrat memakai prinsip-prinsip pemilihan semula jadi Darwin itu kepada manusia,[10] dengan alasan ciri-ciri kemanusiaan yang diingini itu bisa diwarisi, namun perkara tersebut ditolak Darwin sendiri.[10]
Pengenalan kepada ilmu genetik menjadikan eugenik dikaitkan dengan faham penentuan genetik (genetik determinism) di mana perwatakan manusia itu dipercayai bergantung sepenuhnya atau kebanyakannya kepada gen tanpa dijejaskan pendidikan atau persekitaran.
Penggunapakaian eugenik ini mencapai kemuncaknya apabila ia salahgunakan sebagai suatu pelaksanaan ideologi pemurnian ras yang dijalankan rejim NSDAP di bawah pimpinan Adolf Hitler.
Menurut ahli psikologi Richard Lynn, eugenik boleh dibahagikan berdasarkan cara aplikasinya.[11]
Bahagian ini kosong. Anda boleh bantu dengan menambah isi bahagian ini. |
Pengalaman dan sejarah yang diperolehi hasil kesan politik dan sosial eugenik menekankan suatu perbincangan mengenai tempat mana yang layak untuk bidang ini pasa masa hadapan. Para penolak menghujahkan bahawa ia dapat membawa kepada langkah-langkah berlanjutan yang tidak beretika,[23] seperti kembalinya pelanggaran hak asasi manusia termasuk pensterilan, eutanasia, pengasingan atau genosida terhadap "bangsa-bangsa" yang dianggap lebih bawahan atau "hina".[24] Ahli etika persekitaran Bill McKibben dalam buku nukilannya Enough: Staying Human in an Engineered Age (2003) menghujahkan mengenai pelanggaran moral yang wujud dengan campur tangan manusia terhadap aspek-aspek merek ayang tersnediri melalui strategi bioteknologi maju yang berniat mengatasi had-had manusia yang universal (termasuk penuaan serta batasan fizikal dan kognitif), lalu menyingkirkan batasan yang memberikan konteks yang perlu untuk mengalami suatu pilihan yang kemanusiaan dan kehidupan akan hilang maknanya.[25]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.