Ahli politik dan perdana menteri Norway From Wikipedia, the free encyclopedia
Erna Solberg (lahir 24 Februari 1961) ialah seorang ahli politik dari Norway yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri negara tersebut yang terkini sejak Oktober 2013.
Erna Solberg | |
---|---|
Perdana Menteri Norway ke-28 | |
Menyandang jawatan 16 Oktober 2013 | |
Raja | Harald V |
Didahului oleh | Jens Stoltenberg |
Ketua Parti Konservatif Norway | |
Menyandang jawatan 9 Mei 2004 | |
Timbalan | Jan Tore Sanner Bent Høie |
Didahului oleh | Jan Petersen |
Ketua Pembangkang Kerajaan Norway | |
Dalam jawatan 17 Oktober 2005 – 16 Oktober 2013 | |
Raja | Harald V |
Perdana Menteri | Jens Stoltenberg |
Didahului oleh | Jens Stoltenberg |
Digantikan oleh | Jens Stoltenberg |
Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Kawasan Norway | |
Dalam jawatan 19 Oktober 2001 – 17 Oktober 2005 | |
Perdana Menteri | Kjell Magne Bondevik |
Didahului oleh | Sylvia Brustad |
Digantikan oleh | Åslaug Haga |
Ahli Parlimen Norway | |
Menyandang jawatan 2 Oktober 1989 | |
Kawasan pilihan raya | Hordaland |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Bergen, Norway | 24 Februari 1961
Kewarganegaraan | Norway |
Parti politik | Parti Konservatif |
Pasangan | Sindre Finnes |
Anak | 2 |
Kediaman | Inkognitogata 18 |
Tempat belajar | Universiti Bergen |
Solberg lahir di Bergen, barat Norway. Ayahnya, Asbjørn Solberg (1925–1989), merupakan seorang penasihat dalam syarikat Bergen Sporvei manakala ibunya Inger Wenche Torgersen (1926–2016) merupakan seorang kakitangan pejabat.[1] Beliau ada mengalami masalah semasa beliau bersekolah dahulu, malah beliau didagnos dengan kondisi disleksia; namun beliau sangat aktif melibatkan diri dalam kelasnya serta petah berkata-kata.[2]
Solberg merupakan ahli wakil majlis perbandaran Bergen antara tahun-tahun 1979–1983 serta juga 1987–1989. Beliau turut mengerusikan cawangan tempatan dan perbandaran bagi kelompok sayap belia Parti Konservatif Norway. Beliau dilantk mewakili Hordaland untuk Parlimen Norway sejak 1989 dan diundi semula sebanyak lima kali selepas itu.
Beliau berkhidmat sebagai Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Kawasan di bawah kabinet Perdana Menteri Kjell Magne Bondevik dari tahun 2001 hingga 2005 - beliau menggubal dasar-dasar berkaitan jabatan ini yang dikatakan begitu ketat sehingga dogeruni dan mendapat jolokan sebagai seorang besi - "Jern-Erna" ("Erna Besi") oleh media berita negara tersebut.[3]
Solberg dilantik sebagai ketua kerajaan setelah partinya memenangi pilihan raya umum tanggal 9 September 2013, beliau dilantik sebagai Perdana Menteri - yang kedua dalam negara tersebut selepas Gro Harlem Brundtland - pada 16 Oktober 2013.[4]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.