Empayar Bulgaria Pertama

From Wikipedia, the free encyclopedia

Empayar Bulgaria Pertama

Empayar Bulgaria Pertama (Bahasa Bulgaria: Първo Българско царство, Părvo Bălgarsko Tsarstvo) merupakan negara di Bulgaria pada abad pertengahan yang ditubuhkan pada tahun 632 di daerah berhampiran delta sungai Danube dan mengalami perpecahan pada tahun 1018 setelah dilampirkan oleh Empayar Byzantine. Pada puncak kekuasaannya, Bulgaria terbentang dari Budapest sehingga Laut Hitam dan dari sungai Dnieper di Ukraine sehingga Laut Adriatik.

Fakta Segera Първo Българско царство Părvo Bălgarsko Tsarstvo, Ibu negara ...
Empayar Bulgaria Pertama
Първo Българско царство
Părvo Bălgarsko Tsarstvo
632–1018
Thumb
Bulgaria pada puncak kekuasaannya c. 925 dibawah Simeon I yang Agung
Ibu negaraPliska (681–893)
Preslav (893–972)
Skopie (972–992)
Ohrid (992–1018)
Bahasa yang umum digunakanBahasa Bulgar
Agama
Paganisme dan Orthodox
KerajaanMonarki Absolut
Tsar 
 681–700
Asparukh
 1018
Presian II
Badan perundanganKurultai
Era SejarahAbad Pertengahan
 Didirikan
632
 Tibanya Asparukh
681
 Kristianisasi
864
 Jatuh ke tangan Byzantine
1018
Keluasan
Abad ke-10240,000 km2 (93,000 bt2)
Populasi
 Abad ke-10
1200000
Kod ISO 3166BG
Diganti oleh
Empayar Byzantine
Tutup


Tatanama

Empayar Bulgaria Pertama secara ringkasnya dikenali sebagai Bulgaria[1] sejak pengiktirafannya oleh Empayar Byzantine pada tahun 681. Beberapa sejarahwan menggunakan istilah Danube Bulgaria,[2] Negara Bulgaria Pertama,[3][4] atau Tsardom Bulgaria Pertama (Empiayar). Antara tahun 681 hingga 864, negara ini juga dikenali sebagai Khanate Bulgaria,[5] Khanate Danube Bulgaria, atau Khanate Danube Bulgar[6][7] bagi membezakannya dengan Volga Bulgaria, yang mana muncul daripada kumpulan Bulgar lain. Semasa awal kewujudannya, negara ini dikenali sebagai negara Bulgar[8] atau Khaghanate Bulgar.[9] Antara tahun 864 hingga 917/927, negara ini dikenali sebagai Prinsipaliti Bulgaria atau Knyazhestvo Bulgaria. Dalam sumber-sumber bahasa Inggeris, negara ini sering kali dikenali seabagai Empayar Bulgaria.[10]

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.