From Wikipedia, the free encyclopedia
Ekonomi terancang atau ekonomi terkawal, merupakan sistem ekonomi di mana kerajaan merancang atau mengawal kesemua aspek ekonomi dan pengeluaran ekonomi. Dalam sistem ekonomi ini, kerajaan yang membuat keputusan apa untuk dikeluarkan, bagaimana untuk membuat pengeluaran barangan, bagaimana untuk mengagihkan barangan dan perkhidmatan dalam ekonomi.[1]
Selaras dengan ideologi kolektivis[2], ekonomi terancang biasanya dikategorikan sebagai varian tertentu sosialisme, dan dari segi sejarah, ia telah disokong dan dilaksanakan di negera sosialis Marxisme-Leninisme.
China dan bekas Kesatuan Republik Sosialis Soviet adalah contoh negara yang pernah mengamal sistem ekonomi jenis ini. Namun, Cuba, Laos dan Korea Utara masih mengamal sistem ekonomi terancang ini.[3]
Ciri-ciri asas ekonomi terancang oleh Kerajaan Pusat [4]
Poland merupakan negara sosialis pertama yang menghapuskan kawalan harga pada 1 Januari, 1990. Diikuti Czechoslovakia pada 1 Januari, 1991.Dalam tahun 1990, Kesatuan Soviet dan Republik Rakyat China, telah mengambil langkah peralihan sistem ekonomi, dari ekonomi terancang kepada ekonomi campuran. Namun, Republik Rakyat China masih mengekalkan sistem pentadbiran yang sama, iaitu komunisme.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.