From Wikipedia, the free encyclopedia
Duyong Aridinata ialah sebuah siri drama televisyen fantasi Malaysia 2010 dibintangi oleh Zachery Francis dan Fasha Sandha. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Lagenda TV3 dari 12 Julai 2010 hingga 12 Ogos 2010 menggantikan drama Dendam Orang Minyak.[1][2][3]
Duyong Aridinata | |
---|---|
Genre | |
Ditulis oleh | Che Li |
Pengarah | Adam Hamid |
Dibintangi oleh | Zachery Francis Fasha Sandha |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 24 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Norazhar Baharuddin |
Penerbit | Fadzil Teh |
Penyunting | Raime Yusoff Wan Ruzwan |
Tempoh siaran | 39–40 minit |
Syarikat penerbitan | Zeel Production |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 12 Julai 2010 – 12 Ogos 2010 |
Kronologi | |
Mengikuti | Dendam Orang Minyak |
Diikuti oleh | Ular Emas |
Mengisahkan Raja Singrattdinanta yang amat murka apabila putera tunggalnya, Putera Aridinata, enggan berkahwin dengan Puteri Antartinka lalu diusir dari Empayar Insang Rumpair. Justeru kerana terlalu kecewa dengan tindakan ayahandanya, Putera Aridinata bersama kawan rapatnya, Bumatra yang juga seekor duyung lelaki, berjumpa dengan dukun Mek Melusa yang terkenal dengan kemampuan saktinya di Empayar Insang Rumpair. Atas nasihat Dukun Mek Melusa, Putera Aridinata dinasihat meninggalkan Empayar Insang Rumpair untuk mencuba nasib di darat. Mek Melusa juga akhirnya dapat memenuhi hasrat Putera Aridinata dengan memberikannya sepasang kaki. Namun, ia tetap bersyarat kerana ada pantang larang yang perlu dipatuhi.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.