From Wikipedia, the free encyclopedia
Theodor Seuss Geisel ([sus / zois gai-sel], [ˈsuːs ˈɡaɪzəl];[2] 2 Mac 1904 – 24 September 1991)[3] adalah seorang penulis kanak-kanak, kartunis politik, penyair, juruanimasi, penulis naskah, pembuat film, dan pelukis dari Amerika Syarikat. Beliau dikenali kerana menulis dan mengilustrasi lebih daripada 60 buah buku di bawah nama pena Doctor Seuss (dipendekkan kepada Dr. Seuss) (disebut [sus]).[2] Buku-bukuna laris dijual sehingga diterjemahkan kepada lebih daripada 20 bahasa saat beliau meninggal dunia.[4]
Dr. Seuss | |
---|---|
Lahir | Theodor Seuss Geisel 2 Mac 1904 Springfield, Massachusetts, U.S. |
Meninggal dunia | September 24, 1991 87) La Jolla, California, U.S. | (umur
Nama pena |
|
Pekerjaan | Penulis, Kartunis politik, juruanimasi, penerbit buku, pelukis, penyajak |
Genre | Children's literature |
Tahun aktif | 1921–1990[1] |
Pasangan |
|
Tandatangan | |
Laman web | |
seussville |
Theodor Geisel lahir dan membesar di Springfield, Massachusetts. Beliau merupakan anak kepada Henrietta (née Seuss) dan Theodor Robert Geisel, seorang pemilik kilang bir sebelum kilang tersebut ditutup ketika Zaman Pengharaman (Prohibition).[5][6][7] yang merupakan imigran dari negara Jermanfour of his grandparents were German immigrants.[8]
Geisel memasuki Dartmouth College di mana beliau mendapat ijazahnya pada tahun 1925.[9] Selepa situ, beliau melanjutkan pengajiannya di Lincoln College, Oxford dengan tujuan mendapatkan kedoktoran falsafah dalam bidnag kesusasteraan Inggeris.[10][11] Di sana, beliau bertemu Helen Palmer yang mengalakkannya berhenti agar mengejar impiannya sebagai seornag pelukis.[10] Beliau kembali ke Amerika Syarikat pada Februari 1927 tanpa ijazah kedoktoran itu,[12] dan beliau segera menghantar karya tulisan dan lukisannya ke majalah-majalah, penerbit buku dan agensi pengiklanan.[13]
Geisel mula melukis kartun politik untuk akhbar PM di New York apabila Perang Dunia ini tercetus.[14] Lukisan-lukisan ini banyak mengutuk rejim-rejim Adolf Hitler dan Benito Mussolini, penindasan terhadap golongan Yahudi di benua Eropah, serta juga puak yang tidak ingin Amerika Syarikat campur tangan dalam perang ini seperti Charles Lindbergh.[15]
Beliau dalam karya zaman perangnya juga menaruh prasangka kuat terhadap warga senegaranya yang berbangsa Jepun ketika masyarakat tersebut ditindas dan ditahan di kem-kem tahanan oleh pemerintah Amerika Syarikat - beliau tidak begitu dapat membezakan antara masyarakat tersebut dengan warga Empayar Jepun yang memerangi A.S pada ketika itu, bahkan sering menganggap mereka sebagai suatu pihak yang cenderung membelot.[16] Walau bagaimanapun, fikirannya lama-kelamaan berubah setelah perang tersebut tamat, bahkan turut menulis cerita yang diilhamkan pengalaman sengara mereka - misalnya Horton Hears a Who! yang didedikasikan kepada seorang rakannya yang berbangsa Jepun.[17]
Selepas perang dunia tersebut tamat, Geisel dan isterinya berpindah ke La Jolla, California di mana beliau kembali menulis buku kanak-kanak.
Pada bulan Mei 1954, Life menerbitkan sebuah laporan mengenai kebutahurufan dalam kalangan pelajar sekolah di mana ia menyimpulkan bahawa ia disebabkan kandungan buku mereka yang tidak menarik dan membosankan. Pengarah bahagian pendidikan syairkat penerbit buku teks Houghton Mifflin, William Ellsworth Spaulding, mengumpul senarai sebanyak 348 patah perkataan yang dianggap penting dalam tahap pendidikan pelajar gred satu. Beliau kemudiannya meminta Geisel mengurangkan buku tersebut kepada 250 patah perkataan serta menukis sebuah buku berdasarkan senarai tersebut.[18][19] The Cat in the Hat, karya pertamanya yang menggunakan kaedah ini dengan sebanyak 236 patah kata diterbitkan 9 bulan kemudian dan menjadi antara karya terlaris Geisel.
Theodor menerima Pingat Laura Ingalls Wilder daripada Association for Library Service to Children pada tahun 1980, atas pengiktirafan beliau terhadap "sumbangan yang penting dan berpanjangan kepada sastera anak-anak".[20] Beliau juga menerima sebuah Hadiah Pulitzer Khas pada tahun 1984 untuk "sumbangan lebih setengah abad kepada pendidikan dan keseronokan yang dialami anak-anak dan ibubapa se-Amerika Syarikat"..[21]
Theodor meninggal akibat barah mulut pada 24 September 1991 di kediamannya di bandar La Jolla pada usia 87 tahun.[22][23] Mayatnya dibakar dan abu-abunya ditabur di sebuah lokasi dirahsiakan.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.