Dogfight

From Wikipedia, the free encyclopedia

Dogfight

Dogfight, atau pertarungan pesawat, adalah satu pertembungan udara antara pesawat pejuang, dilakukan pada jarak yang dekat. Pertarungan pesawat mula muncul pada Perang Dunia I, sejurus selepas penciptaan kapal terbang. Sehingga tahun 1992, ia adalah satu komponen didalam setiap peperangan utama, walaupun kepercayaan selepas Perang Dunia II menyatakan bahawa penambahan lebih kelajuan dan senjata jarak lebih jauh menjadikan dogfighting ketinggalan zaman.[1] Istilah moden untuk pertarungan udara ke udara ialah gerakan kombat udara atau air combat manoeuvring (ACM), yang merujuk kepada situasi taktikal yang memerlukan penggunaan maneuver asas pejuang individu atau basic fighter maneuvers (BFM) untuk menyerang atau mengelak satu atau lebih lawan. Ini berbeza daripada peperangan udara, yang berurusan dengan strategi yang melibatkan perancangan dan melaksanakan beberapa misi.[2]

Thumb
Sebuah F-105D menembak jatuh MiG-17 semasa Perang Vietnam, Jun 1967.

Etimologi

Istilah dogfight telahpun digunakan untuk berabad lamanya bagi mengambarkan satu keadaan kelam kabut; satu pertempuran sengit, pantas antara dua atau lebih pihak lawan. Istilah ini menjadi popular semasa Perang Dunia II walaupun asal-usul peperangannya boleh dijejak pada tahun-tahun akhir Perang Dunia I.[3] Rujukan bertulis pertamanya tentang penggunaan moden perkataan ini datang daripada Fly Papers, oleh A. E. Illingworth, pada tahun 1919, “Pertempuran itu berkembang menjadi ‘dog-fight’, sekumpulan kecil mesin bertembung antara satu sama lain dalam pertarungan maut.”[4] Istilah pejuang ace pada umumnya diberikan kepada mana-mana juruterbang yang menghapuskan lima pesawat lawan di udara (atau, di Jerman semasa Perang Dunia I, sepuluh kapal terbang), walaupun tak semestinya dalam dogfight.

Lihat juga

  • Peperangan udara
  • Aerobatic maneuvers
  • Pertempuran Britain
  • Immelmann turn
  • List of aircraft shootdowns
  • Lufbery circle
  • Post–World War II air-to-air combat losses
  • Split S
  • Thach Weave
  • The Scissors
  • Whifferdill turn
  • Dicta Boelcke
  • John Boyd (military strategist)
  • Erich Hartmann
  • Robin Olds

Nota kaki

  1.   Su-37 Flanker Report from Farnborough '96 <http://www.sci.fi/~fta/Su-27.htm Diarkibkan 2011-07-09 di Wayback Machine>

Rujukan

Bacaan lanjut

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.