Dizhi

From Wikipedia, the free encyclopedia

Dizhi

Dizhi ("Dahan Duniawi" atau "Dahan Bumi", Bahasa Cina: ; pinyin: dìzhī; atau Bahasa Cina: ; pinyin: shíèr zhī; secara harfiahnya "dua belas dahan", IPA: [ti˥˩ ʈʂ˥̩]) memberikan satu sistem Cina untuk menghitung waktu.

Thumb
Ukiran zodiak Cina pada siling pintu pagar Kuil Kushida di Fukuoka, Jepun, sebahagian dari sfera budaya Asia Timur. Zodiak ini penting dalam kaedah silam tertentu mengukur masa dan menentukan arah kompas.

Sistem ini dibina daripada pemerhatian orbit planet Musytari. Ahli astronomi Cina membahagi bulatan cakerawala kepada 12 bahagian untuk mengikuti orbit 歳星 Suìxīng (Musytari, Bintang Tahunan). Ahli astronomi membulatkan orbit Suixing kepada 12 tahun (dari 11.86). Suixing dikaitkan dengan Sheti (ɳ Böotes) dan kadang kala dipanggil Sheti juga.

Dalam pemikiran berhubung kait, 12 tahun kitaran Musytari juga memastikan 12 bulan setahun, 12 haiwan (mnemonik untuk sistem ini), arah, musim, bulan, dan j Cina dalam bentuk j ganda (dua jam). Apabila satu Dahan ini digunakan untuk satu j ganda, maka dua j yang terangkum itu yang dimaksudkannya. Apabila digunakan untuk suatu waktu tepat dalam sehari, maka dizhi ialah waktu pusat jangka waktu itu. Contohnya, (Kuda) bermaksud tengah hari atau tempoh dari pukul 11 pagi hingga 1 petang. (Sistem jieqi memberikan j tunggal dan lengkok 15 darjah dalam masa dan angkasa.)

Musim Cina berasaskan pemerhatian matahari dan bintang, bukannya cuaca. Kebanyakan sistem berkalendar Cina memulakan tahun baru pada anak bulan pertama selepas solstis musim sejuk.

Dizhi kini digunakan bersama tiangan dalam versi terkini "kalendar tradisional" dan dalam Taoisme. Kombinasi Ganzhi (Batang Dahan) ialah satu kaedah yang agak baru penandaan waktu; ketika zaman Shang, yang memberikan nama hari hari dalam seminggu ialah 10 tiangan itu. Dahan dahan ini selama usianya dengan Batang batang (malah menurut penemuan arkeologi terkini, mungkin lebih lama), namun Batang batang itu terikat pada kalendar amal raja raja Cina dan bukannya sebahagian sistem kalendar kebanyakan orang Cina.

Dua Belas Dahan

Bahagian Artik

Maklumat lanjut Dahan Bumi, Bahasa Cina ...
  Dahan
Bumi
Bahasa Cina Bahasa Jepun Bahasa Korea
(PDS)
Bahasa Mongolia Bahasa Manchu Bahasa Vietnam Zodiak
Cina
Zodiak
Jepun
Arah Musim Bulan Qamari Sistem
Tradisional
Masa Cina
Mandarin
Zhuyin
Mandarin
Pinyin
Kantonis
Jyutping
on'yomi kun'yomi
1ㄗˇzi2し(shi)ね(ne)자 (ja)ᠬᠤᠯᠤᠭᠠᠨ᠎ᠠᠰᡳᠩᡤᡝᡵᡳtí (SV: tử)
Tikus
0° (utara)sejukBulan 1111 malam hingga 1 pagi (tengah malam)
2ㄔㄡˇchǒucau2ちゅう(chū)うし(ushi)축 (chuk) (SK: 추 (chu))ᠦᠬᠡᠷᡳᡥᠠᠨsửu
Lembu

Cow
30°Bulan 121 pagi hingga 3 pagi
3ㄧㄣˊyínjan4いん(in)とら(tora)인 (in)ᠪᠠᠷᠰᡨᠠᠰᡥᠠdần
Harimau
60°bungaBulan 13 pagi hingga 5 pagi
4ㄇㄠˇmǎomaau5ぼう(bō)う(u)묘 (myo)ᠲᠠᠤᠯᠠᠢᡤᡡᠯᠮᠠᡥᡡᠨmão (bukan SV: mẹo)
Arnab
90° (timur)Bulan 25 pagi hingga 7 pagi
5ㄔㄣˊchénsan4しん(shin)たつ(tatsu)진 (jin) (SK: 신 (sin))ᠯᠤᠤᠮᡠᡩᡠᡵᡳthìn (SV: thần)龙(龍)
Naga
竜 (龍)120°Bulan 37 pagi hingga 9 pagi
6ㄙˋzi6し(shi)み(mi)사 (sa)ᠮᠣᠭᠠᠢᠮᡝᡳᡥᡝtị
Ular
150°panasBulan 49 pagi hingga 11 pagi
7ㄨˇng5ご(go)うま(uma)오 (o)ᠮᠣᠷᠢᠮᠣᡵᡳᠨngọ马(馬)
Kuda
180° (selatan)Bulan 511 pagi hingga 1 petang (tengahari)
8ㄨㄟˋwèimei6び (bi)ひつじ(hitsuji)미 (mi)ᠬᠣᠨᠢᡥᠣᠨᡳᠨmùi (SV: vị)
Kambing
210°Bulan 61 petang hingga 3 petang
9ㄕㄣshēnsan1しん(shin)さる(saru)신 (sin)ᠪᠡᠴᠢᠨᠪᠣᠨᡳᠣthân
Monyet
240°luruhBulan 73 petang hingga 5 petang
10ㄧㄡˇyǒujau5ゆう(yū)とり(tori)유 (yu)ᠲᠠᠬᠢᠶ᠎ᠠᠴᠣᡴᠣdậu鸡(雞)
Ayam
鶏 (鳥)
Chicken
270° (barat)Bulan 85 petang hingga 7 petang
11ㄒㄩseot1じゅつ(jutsu)いぬ(inu)술 (sul)ᠨᠣᠬᠠᠢᡳᠨᡩᠠᡥᡡᠨtuất
Anjing
300°Bulan 97 petang hingga 9 malam
12ㄏㄞˋhàihoi6がい(gai)い(i)해 (hae)ᠭᠠᠬᠠᠢᡠᠯᡤᡳᠶᠠᠨhợi猪(豬)
Khinzir
330°sejukBulan 109 malam hingga 11 malam
Tutup

Arah

Thumb
24 mata angin.

Sungguhpun dalam bahasa Cina sudah ada perkataan untuk empat mata angin (běi, utara), (dōng, timur), (nán, selatan), dan 西 (xī, barat) namun para pelaut dan ahli astronomi/astrologi Cina dahulu kala lebih gemar menggunakan 12 arah Dahan Duniawi. Oleh sebab 12 mata angin tidak cukup untuk tujuan pelayaran, maka ditambahnya 12 mata angin, setiap satunya tepat di tengah tengah dua mata yang sedia ada. 12 mata angin tambahan itu tidak dinamakan dengan menggabungkan nama nama dua mata berdekatan, sebaliknya dinamakan seperti berikut:

  • Untuk empat arah pepenjuru, nama trigr I Ching yang bersesuaian digunakan.
  • Untuk yang selebihnya, tiangan (Batang Samawi) digunakan. Menurut teori Lima Unsur, timur berunsurkan kayu, dan Batang batang Kayu ialah (jiǎ) dan (yǐ). Maka kedua dua Batang itu diberikan kepada dua mata angin bersebelahan timur mengikut arah jam.

Berikut ialah jadual 24 mata angin:

Maklumat lanjut Aksara, Nama Cina ...
  Aksara Nama
Cina
Nama
Jepun
Arah
1 ne
(utara)
2 guǐmizunoto 15°
3 chǒuushi 30°
4 gènushitora 45°
(timur laut)
5 yíntora 60°
6 jiǎkinoe 75°
7 mǎou 90°
(timur)
8 kinoto 105°
9 chéntatsu 120°
10 xùntatsumi 135°
(tenggara)
11 mi 150°
12 bǐnghinoe 165°
  Aksara Nama
Cina
Nama
Jepun
Arah
13 uma 180°
(selatan)
14 dīnghinoto 195°
15 wèihitsuji 210°
16 kūnhitsujisaru 225°
(barat daya)
17 shēnsaru 240°
18 gēngkanoe 255°
19 yǒutori 270°
(barat)
20 xīnkanoto 285°
21 inu 300°
22 qiáninui 315°
(barat laut)
23 hàii 330°
24 rénmizunoe 345°
Tutup

Pelaut pelaut mahir seperti Laksamana Zhèng Hé menggunakan kompas 48 mata. Titik pertengahan tambahan disebut sebagai gabungan dua mata angin asas terdekatnya, contohnya 丙午 (bǐngwǔ) bagi arah 172.5°, titik pertengahan antara (bǐng), 165°, dan (wǔ), 180°.

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.