From Wikipedia, the free encyclopedia
Divisyen Ke-18 (第18師團 , Dai-juhachi Shidan) ialah sebuah divisyen infantri dalam Tentera Darat Imperial Jepun. Nama panggilannya ialah Divisyen Bunga Kekwa (菊兵團 , Kikuhei-dan).
Divisyen Ke-18 | |
---|---|
Aktif | 1907–1945 |
Negara | Empayar Jepun |
Cawangan | Tentera Darat Imperial Jepun |
Jenis | Infantri |
Nama samaran | "Divisyen Bunga Kekwa" |
Pertempuran | Perang Dunia Pertama Perang China-Jepun Kedua Perang Dunia Kedua |
Komander | |
Komander terkenal | Mejar Jeneral Renya Mutaguchi |
Divisyen Ke-18 ditubuhkan di pulau Kyushu Jepun pada 13 November 1907 bersama-sama Divisyen Ke-17, sebagai sebahagian pembesaran tentera Jepun selepas Perang Rusia-Jepun. Ia diperkukuh dengan tambahan sebuah rejimen infantri (Rejimen Ke-29) sewaktu Perang Dunia Pertama dan terlibat dalam pengepungan Tsingtao (sebuah koloni Jerman) di China.
Divisyen Ke-18, yang dibubarkan dalam tahun 1925, ditubuhkan semula dalam bulan September 1937 dan ditugaskan di bawah perintah Tentera Darat Ke-10. Ia ditubuhkan semula kerana Perang China-Jepun Kedua dan sempat mengambil bahagian dalam Pertempuran Nanjing.
Dalam tahun 1941 divisyen ini di bawah perintah Leftenan Jeneral Renya Mutaguchi. Ia ditugaskan di bawah perintah Tentera Darat Ke-25 yang diperintah Leftenan Jeneral Tomoyuki Yamashita. Ia mengambil bahagian dalam serangan terhadap Tanah Melayu dalam Kempen Tanah Melayu dan memainkan peranan utama dalam Pertempuran Singapura dan Pertempuran Pasir Panjang. Selepas itu ia ditugaskan ke Tentera Darat Ke-15 dan berkhidmat di Burma.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.