From Wikipedia, the free encyclopedia
Dia Bukan Bidadari merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Idora Abdul Rahman di bintangi oleh Mona Allen, Keith Foo dan Fadlan Hazim. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Widuri, TV1 bermula 1 Ogos 2022 menggantikan Aku Yang Merinduimu.
Dia Bukan Bidadari | |
---|---|
Genre | |
Berdasarkan daripada | Adaptasi novel Dia Bukan Bidadari karya Myra Ameer |
Ditulis oleh | Shuhadatul Ain Zakaria |
Pengarah | Idora Abdul Rahman |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Peluang Kedua" - Nabila Razali |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 26 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Amilia Amrina Affifuddin |
Penerbit | Wira Wan Kalsum Wan Yusof |
Tempoh siaran | 45 minit |
Syarikat penerbitan | A10 Alliance Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV1 (Slot Widuri) |
Format gambar | 1080i (HDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 1 Ogos 2022 – 13 September 2022 |
Mengisahkan tentang Nur Jannah iaitu seorang gadis yang berasal dari kampung dan hidup susah pada awalnya. Di kampung dia hanya tinggal bersama abah dan emak tirinya sahaja.Disebabkan itu, dia bercita-cita untuk berkahwin dengan lelaki kaya supaya hidupnya selepas ini tidak lagi seperti dahulu. Selepas tamat pengajian, Nur Jannah berhijrah ke bandar dan berkawan dengan lelaki-lelaki kaya untuk dipilih menjadi suami.
Akhirnya Nur Jannah jatuh hati kepada Syed Mikhael Azrai. Tetapi muncul pula seorang lelaki lain iaitu Fareez Azeem yang telah membuatkan hidup Nur Jannah jadi huru-hara dek kerana mulut Fareez yang dianggapnya puaka. Siapakah yang akhirnya dapat mengambil hati Nur Jannah untuk dijadikan seri dalam hidupnya?
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.