Presiden Singapura ketiga, ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Chengara Veetil Devan Nair (juga dikenali juga sebagai C. V. Devan Nair, (5 Ogos 1923 – 6 Disember 2005) adalah Presiden Singapura yang ketiga dan dilantik oleh Parlimen pada 23 Oktober 1981. Beliau berkhidmat sebagai presiden hingga 1985. Beliau juga pengasas Parti Tindakan Demokratik , Malaysia.
C. V. Devan Nair | |
---|---|
ദേവൻ നായർ | |
Presiden Singapura ke-3 | |
Dalam jawatan 23 Oktober 1981 – 27 Mac 1985 | |
Perdana Menteri | Lee Kuan Yew (1959–1990) |
Didahului oleh | Benjamin Henry Sheares |
Digantikan oleh | Wee Kim Wee |
Ahli Parlimen bagi Anson | |
Dalam jawatan 1979–1981 | |
Didahului oleh | P. Govindaswamy |
Digantikan oleh | J.B. Jeyaretnam |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Devan Nair Chengara Veetil 5 Ogos 1923 Melaka, Malaysia |
Mati | 6 Disember 2005 82) Hamilton, Ontario, Canada | (umur
Kewarganegaraan | Singapura |
Parti politik | Parti Tindakan Rakyat |
Pasangan | Avadai Dhanam |
Anak | 4 |
Bidang pengkhususan | Ahli kesatuan sekerja |
Dilahirkan di Melaka, Malaysia, Nair adalah anak lelaki kepada P.K. Nambiar, seorang Malayalam yang datang dari Palghat, India ke Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1910. Nair berpindah ke Singapura bersama keluarganya sewaktu beliau berumur 10 tahun dan bersekolah di Sekolah Rendah Rangoon Road. Selepas itu, beliau mencapai kelulusan Senior Cambridge dari Victoria School pada 1940.
Seorang ahli kepada Liga Anti-British yang pro-komunis, Nair menyertai Parti Tindakan Rakyat (PAP) Lee Kuan Yew pada tahun 1954. Beliau merupakan ahli PAP yang tunggal untuk memenangi Pilihan raya umum Malaysia pada tahun 1964 melalui kerusi Bangsar yang berhampiran Kuala Lumpur.
Nair tinggal di Malaysia selepas pemisahan Singapura dari Malaysia untuk mengasaskan Parti Tindakan Demokratik (DAP), tetapi balik ke Singapura untuk mengetuai pergerakan kesatuan pekerja dan mengasaskan Kongres Kesatuan-Kesatuan Pekerja Nasional (National Trades Union Congress). Beliau memenangi kerusi Anson dalam Pilihan raya Parlimen Singapura pada tahun 1979 dan menerima jawatan Presiden Singapura pada tahun 1981.
Pada 28 Mac 1985, Nair meletak jawatan dengan sebab yang tidak begitu jelas. Lee Kuan Yew, Perdana Menteri pada waktu itu, telah mengatakan dalam parlimen bahawa Nair meletak jawatan untuk mendapatkan rawatan bagi masalah alkoholisme yang dihadapinya, sebuah tuduhan yang dinafikan oleh Nair. Menurut Nair, beliau meletak jawatan kerana Lee Kuan Yew mengugutnya dengan pemecatan jawatannya sebagai Presiden disebabkan konflik pandangan politik dengan Lee. Nair juga mengatakan bahawa beliau telah diberikan drug yang mengelirukan pikirannya dan khabar angin mengenai kehidupan peribadinya telah disebarkan semata-mata untuk mencemarkan nama baiknya. Bagaimanapun, M.G.G. Pillai, seorang kolumnis terkenal Malaysia, telah mengesahkan kebenaran khabar angin sewaktu dia menemu duga isteri Menteri Sarawak yang telah mengesahkan bahawa Nair telah memerah buah dadanya sewaktu beliau membuat lawatan rasmi di sana. Diarkibkan 2011-09-04 di Wayback Machine
Nair berpindah ke Hamilton, Ontario, Kanada pada 1995. Pada tahun 1999, sebuah rencana mengenai kes tersebut dalam Globe and Mail, sebuah surat khabar Kanada, telah mengakibatkan tindakan guaman libel daripada Lee. Diarkibkan 2017-01-02 di Wayback Machine. Bagaimanapun, guaman tersebut dibuang oleh makhamah sewaktu Nair membuat tuntutan balas. Diarkibkan 2004-08-22 di Wayback Machine
Nair meninggal dunia di Hamilton, 10 tahun kemudian, sekitar 12 tengahari WSS pada 6 Disember 2005. Nair meninggalkan empat orang anak dan lima orang cucu. Anak sulungnya, Janadas Devan, adalah seorang penyunting kanan suratkhabar The Straits Times di Singapura.
Penyandang Terdahulu | Presiden Singapura 1981–1985 |
Penyandang Kemudian |
Benjamin Sheares | Wee Kim Wee |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.