From Wikipedia, the free encyclopedia
Destinasi Ukhuwah ialah drama road movie bersiri Malaysia 2018. Drama ini mula bersiaran pada 31 Disember 2018, setiap Isnin hingga Khamis, 11.30 pagi mengisi slot Kejora di TV1.[1]
Destinasi Ukhuwah | |
---|---|
Genre | Drama Pengembaraan |
Ditulis oleh |
|
Pengarah | Shuhaimi Zulkefli |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Duniaku Dakwahku" oleh Ayai Illusi feat. Altimet |
Lagu penutup | "Duniaku Dakwahku" oleh Ayai Illusi feat. Altimet |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Penerbitan | |
Penerbit |
|
Penyunting |
|
Tempoh siaran | 40–42 minit |
Syarikat penerbitan | Nuansa Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV1 |
Siaran asal | 31 Disember 2018 – 22 Januari 2019 |
Mengisahkan empat sahabat yang terpisah selama 10 tahun dan bertemu semula secara tidak sengaja. Bagi mengatasi tekanan kehidupan masing-masing, mereka merancang untuk mengembara menimba pengalaman sambil melakukan kerja-kerja amal. Pengembaraan empat sahabat yang merentasi Semenanjung Tanah Melayu bermula dari Johor hingga ke Thailand, melawat setiap inci tanah Islam ini dan menemui pelbagai keindahan dan kerosakannya.
Mereka bermukim di setiap negeri dan berkongsi jiwa secara bernasyid di kaki lima menyampaikan lagu-lagu ketuhanan yang telah lama 'diam' di tanah ini. Suburkan kembali lagu nasyid seperti 'Buta Mata, Pondok Kecil' dan lain-lain. Pelbagai kemaslahatan umum ditemui mereka di setiap negeri yang disinggah seperti kisah kasih terpisah, kisah khalwat & arak, misteri ahli sufi, alam bunian & jin, perkahwinan & cerai, kehancuran rumah tangga, kehebatan pancaindera serta pelbagai lagi.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.