Remove ads
Bentuk demokrasi From Wikipedia, the free encyclopedia
Demokrasi liberal adalah satu bentuk pemerintahan berdemokrasi melalui perwakilan yang membuat keputusan berlandaskan undang-undang tertakluk kepada perlembagaan yang liberal. Perlembagaan ini melindungi hak dan kebebasan seluruh rakyat dengan memaksimumkan kuasa pihak majoriti untuk mengatasi kuasa minoriti. Bentuk demokrasi ini sering digunakan di kebanyakan negara yang pesat membangun. Unsur-unsur seperti liberalisme, konsosialisme, hak manusia sejagat, hak sivil dan politik rakyat, hak mengundi, kebebasan bersuara, kebebasan media, pemikiran kritis, nasionalisme, dan marhaenisme juga diterapkan dalam sistem pemerintahan demokrasi liberal ini.
Sesebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi liberal, secara holistiknya, melaksanakan pelbagai pembaharuan politik, sosial, budaya dan ekonomi secara menyeluruh. Ini dapat menangani sebarang krisis atau konflik yang terjadi di negara berkenaan, biarpun situasi politik negara berkenaan masih terkawal. Ini termasuk melaksanakan bantuan-bantuan kerajaan untuk golongan yang memerlukan, memulihkan sistem penjagaan kesihatan untuk semua masyarakat, memulihkan ekonomi negara, mengatasi isu pengangguran, melindungi alam sekitar dan biodiversiti negara, mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat, mengekalkan keharmonian semua kaum dan agama, mempertahankan kedaulatan negara, melindungi keselamatan negara, menghapuskan budaya rasuah, serta membanteras sebarang aktiviti jenayah di negara berkenaan.
Budaya semangat cintakan negara atau wilayah, semangat penyatuan masyarakat berbilang kaum, amalan menghormati agama dan bangsa masing-masing, kestabilan sistem pemerintahan demokrasi (tidak kira sama ada sistem demokrasi berparlimen, sistem demokrasi republik, sistem demokrasi monarki, atau kerajaan wilayah autonomi), keseimbangan budaya tempatan dan politik negara, serta memantapkan pembangunan modal insan adalah merupakan asas sosial yang sangat penting dalam membangunkan sesebuah negara atau wilayah yang mengamalkan sistem demokrasi liberal.
Sesebuah negara atau wilayah yang berteraskan pemerintahan demokrasi liberal juga menitikberatkan sepenuhnya tentang hal ehwal kebajikan serta keprihatinan yang memfokuskan untuk golongan tertentu. Misalnya, bantuan pendidikan percuma untuk pelajar kurang berkemampuan, bantuan kewangan untuk keluarga miskin dan berpendapatan rendah, bantuan penjagaan kesihatan penduduk, dan bantuan pemilikan rumah baharu untuk keluarga yang kurang berkemampuan. Untuk golongan yang berpendapatan sederhana pula, mereka akan diberikan bantuan pengecualian subsidi, pengurangan cukai, bantuan asas perniagaan untuk perusahaan kecil dan sederhana, serta bantuan pemilikan kenderaan persendirian yang baharu.
Dari segi pembangunan negara, negara yang liberal dan bersifat adil mempunyai hak untuk melaksanakan lebih banyak pembangunan sesebuah projek atau infrastruktur yang amat berguna demi kesejahteraan semua masyarakat. Antaranya ialah pelaksanaan perluasan liputan telekomunikasi dan internet yang lebih baik, pelaksanaan pembinaan kawasan perumahan mesra rakyat, membina kawasan bandar-bandar baharu, menyelenggara kemudahan awam, menyelenggara sistem perparitan & pengairan, melaksanakan penyambungan bekalan air dan elektrik secara menyeluruh, menyelenggara laluan jalan raya & lebuh raya, pembinaan rumah-rumah ibadat, melaksanakan projek-projek pertanian & penternakan, merancakkan pembangunan sains & teknologi, dan banyak lagi pembangunan yang dilaksanakan.
Dari segi kuasa politik pula, negara yang mengamalkan demokrasi liberal secara umumnya, jika sesebuah parti politik atau gabungan parti politik itu mendapat sokongan majoriti yang tinggi melalui pelaksanaan pengundian dalam pilihan raya, maka parti politik atau gabungan parti politik berkenaan yang berhak memegang dan menerajui pemerintahan negara. Manakala parti-parti politik yang kalah pula akan menjadi gabungan parti politik minoriti, dengan kuasa politik yang sederhana radikal dan bebas, tanpa sebarang pertelingkahan, konflik atau perebutan kuasa dalam parti politik berkenaan. Walaupun begitu, dasar perlembagaan dan hak perundangan negara juga wajar diikuti dan dihormati oleh semua pihak.
Ada sesetengah negara yang berasaskan demokrasi liberal ini mempunyai kadar indeks jenayah yang begitu terkawal, kadar pengangguran yang rendah, kadar kewangan negara kasar yang optimum, indeks jenayah rasuah yang rendah, kadar kematian yang rendah, serta kadar kelahiran bayi yang amat sederhana tinggi. Ini bergantung kepada pelaksanaan polisi atau perlembagaan sesebuah negara berkenaan.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.