Dejima
From Wikipedia, the free encyclopedia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Dejima (出島 , "pulau menganjur"; [Desjima atau Deshima] Error: {{Lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)), ialah sebuah pulau buatan berbentuk kipas yang terletak di teluk Nagasaki dan berfungsi sebagai pos perdagangan Belanda ketika Jepun mengamalkan dasar pemencilan diri (sakoku) pada zaman Edo, dari tahun 1641 hingga 1853.
Pulau buatan ini dibina pada tahun 1634 atas perintah Iemitsu, dengan tujuan asal menyediakan penginapan kepada para saudagar Portugis yang menetap di Nagasaki. Namun, setelah tercetusnya pemberontakan oleh masyarakat beragama Kristian di kawasan Shimabara-Amakusa, kerajaan Tokugawa bertindak mengusir semua warga Barat beragama Katolik, kecuali pekerja Syarikat Hindia Timur Belanda (Vereenigde Oostindische Compagnie, VOC) yang berbangsa Belanda.
Sejak tahun 1609, pihak Belanda menggiatkan sebuah pos perdagangan di pulau Hirado. Pada kemuncaknya, pos perdagangan Hirado menduduki kawasan yang luas.[1] Pada tahun 1637 dan 1639, gedung batu dibina dalam lingkungan pos perdagangan ini, terpahat padanya tarikh mengikut takwim Kristian.
Tanpa ketibaan kapal Portugis tahunan dari Macau, ekonomi Nagasaki menerima padah yang teruk. Dalam mencari jalan untuk memindahkan pos perdagangan Belanda, pegawai kerajaan Jepun memaksa pihak Belanda berpindah dari Hirado ke Dejima.[2]
Mulai tahun 1641, hanya kapal-kapal China dan Belanda dibenarkan masuk ke Jepun.
Mula-mulanya, Belanda memperdagangkan sutera, kapas, dan materia medika dari China dan India, tetapi kemudian gula semakin penting. Selain itu, kulit rusa dan ikan jerung diangkut ke Jepun dari Taiwan, di samping bahan bacaan, peralatan sains dan banyak lagi barang-barang buatan Eropah yang jarang didapati. Sebagai balasan, Jepun memperdagangkan tembaga, perak, kapur barus, tembikar, perkakas sampang dan juga beras kepada Belanda.
Tambahan pula, perdagangan peribadi para pekerja VOC di Dejima menjadi punca pendapatan penting. Lebih 10,000 buku ilmiah asing yang meliputi pelbagai subjek sains dijual kepada orang Jepun dari akhir abad ke-18 hingga awal abad ke-19, sehingga menjadi punca utama pergerakan Rangaku (ilmu Belanda).
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.