From Wikipedia, the free encyclopedia
Declan Rice (lahir 14 Januari 1999) adalah seorang pemain bola sepak profesional Inggeris yang bermain sebagai pemain tengah untuk kelab Arsenal dan pasukan kebangsaan England.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Declan Rice[1] | ||
Tarikh lahir | [2] | 14 Januari 1999||
Tempat lahir | Kingston upon Thames, England | ||
Ketinggian | 6 kaki 1 inci (1.85 m)[3] | ||
Posisi permainan | Pemain tengah[4] | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Arsenal | ||
Nombor | 41 | ||
Kerjaya remaja | |||
2006–2014 | Chelsea | ||
2014–2015 | West Ham United | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2015–2023 | West Ham United | 204 | (10) |
2023– | Arsenal | 6 | (1) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2015 | Republik Ireland B16 | 3 | (0) |
2015–2016 | Republik Ireland B17 | 6 | (2) |
2016–2017 | Republik Ireland B19 | 6 | (0) |
2017–2018 | Republik Ireland B21 | 5 | (0) |
2018 | Republik Ireland | 45 | (3) |
2019– | England | ||
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 22:09, 24 September 2023 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 22:06, 12 September 2023 (UTC) |
Dilahirkan di England, Rice mempunyai datuk dan nenek yang berasal dari Ireland dan sebelumnya pernah mewakili Republik Ireland di peringkat antarabangsa di peringkat remaja dan senior, sebelum beralih kepada England pada tahun 2019.
Rice dilahirkan dan dibesarkan di Kingston upon Thames, Greater London.[5] Datuk dan neneknya berasal dari Douglas, County Cork, di Ireland.[6] Dia dibesarkan di Kingston upon Thames dan menyertai pasukan akademi Chelsea pada tahun 2006, ketika berusia tujuh tahun.[7][8] Pada tahun 2014, setelah dilepaskan pada usia 14 tahun, dia menyertai pasukan akademi dari West Ham United.[9][10]
Pada 16 Disember 2015, lebih dari setahun setelah menyertai West Ham United di peringkat belia, Rice menandatangani kontrak profesional pertamanya dengan kelab tersebut.[11] Rice menerima panggilan pertamanya ke skuad senior West Ham untuk perlawanan menentang Sunderland dan Everton pada bulan April 2017, setelah melakukan prestasi yang mengagumkan di pasukan bawah-23 tahun.[12] Dia membuat debut seniornya melawan Burnley pada hari terakhir Premier League musim 2016-17, muncul sebagai pengganti minit ke-91 untuk Edimilson Fernandes dalam kemenangan 2-1,[13][14] Lima hari selepas menjadi kapten pemain bawah 23 tahun untuk meraih kemenangan 2-1 ke atas Newcastle United.[15] Debut penuh seniornya muncul pada 19 Ogos 2017 dalam kekalahan 3-2 ke atas Southampton.[16]
Pada bulan April 2018, Rice dinobatkan sebagai naib juara bagi anugerah Hammer of the Year bagi musim 2017-18 di belakang Marko Arnautović.[17] Pada 22 Disember, dia membuat penampilan ke-50 untuk West Ham, pemain pertama yang melakukannya ketika masih remaja selepas Michael Carrick.[18][19] Pada 28 Disember, Rice menandatangani kontrak baru sehingga 2024 dengan pilihan tahun tambahan .[20] Pada 12 Januari 2019, Rice menjaringkan gol pertamanya untuk West Ham dan dinamakan pemain terbaik perlawan dalam kemenangan 1-0 ke atas Arsenal, dalam perlawanan ke-50 West Ham di Liga Perdana di Stadium London.[21] Pada 20 April 2019 Rice telah dinobatkan dalam senarai pendek untuk anugerah Pemain Terbaik Dunia PFA, yang akhirnya diberikan kepada rakan sepasukan Rice's England Raheem Sterling pada 28 April.[22] Pada akhir musim 2018-19, dia dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Tahunan dan memenangi anugerah untuk Persembahan Individu Tebaik bagi Musim ini, untuk permainannya yang memenangi perlawanan menentang Arsenal, dan dinobatkan sebagai 'Young Hammer of the Year' untuk musim ketiga berturut-turut.[23]
Pada 17 Julai 2020, Rice menjaringkan gol pertamanya dan satu-satunya gol di Liga Perdana musim tersebut, satu sepakan deras di luar kotak lawan keika melawan Watford, dalam kemenangan 3-1.[24] Pada musim 2019-20, Rice bermain dalam semua 38 perlawanan liga untuk West Ham, bermain setiap minit yang terdapat dalam musim tersebut. Dia berada di lima pemain teratas Liga Perdana untuk kedua-dua menangani dan pemintasan diantara pemain West Ham dalam kedua-dua kategori tersebut dan membuat lebih banyak hantaran daripada pemain West Ham yang lain. Dia dinamakan Hammer of the Year.
Pada 15 Februari 2021, Rice menjaringkan gol pertamanya musim ini ketika dia berjaya menjaringkan penalti dan meletakkan pasukan sebagai pendahulu menentang Sheffield United dalam kemenangan perlawanan liga yang berakhir dengan keputusan 3-0.[25] Pada bulan April 2021, setelah bermain di semua pertandingan West Ham yang terdapat di musim 2020-2021, Rice terpaka dikeluarkan selama empat minggu akibat kecederaan lutut ketika bermain di peringkat antarabangsa bersama England.[26]
Mulai 2021, Rice adalah naib kapten bagi West Ham United.[27]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.