From Wikipedia, the free encyclopedia
Dasavathaaram' merupakan filem Fiksyen sains bahasa Tamil 2008 yang diarahkan oleh K.S Ravikumar. Ia dibintangi oleh Kamal Hassan , Asin dan Mallika Sherawat. Kamal Hassan memainkan 10 watak yang berlainan dalam filem ini. Asin muncul dalam peranan berkembar dan Mallika Sherawat memainkan watak sokongan. Filem ini yang dirakamkan selama hampir tiga tahun, dihasilkan dan diedar oleh Venu Ravichandran, yang menghasilkan filem dengan budget ₹60 crore (AS$8.9 juta).[1] Lokasi perfileman utama termasuk Amerika Syarikat dan negeri Tamil Nadu di India. Latar bunyi bagi filem digubah oleh Himesh Reshammiya dan skor latar oleh Devi Sri Prasad.
Dasavathaaram | |
---|---|
Pengarah | K. S. Ravikumar |
Penulis | Kamal Haasan K. S. Ravikumar Sujatha Rangarajan Crazy Mohan |
Dihasilkan oleh | Venu Ravichandran |
Dibintangi | Kamal Hassan Asin Mallika Sherawat Jayaprada Napolean |
Sinematografi | Ravi Varman |
Disunting oleh | Ashmith Kunde] |
Muzik oleh | Himesh Reshammiya Background score: Devi Sri Prasad |
Syarikat penerbitan | Aascar Films |
Diedarkan oleh | Aascar Films (India) Ayngaran International (Europe) Walt Disney Pictures (Kanada) Narmadha Travels (United States) |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 185 mins |
Negara | India |
Bahasa | Tamil |
Bajet | ₹85 crore (AS$13 juta) |
Pecah panggung | ₹200 crore (AS$30 juta) |
Filem Dasavatharam ini telah dihasilkan di bawah arahan pengarah K.S. Ravikumar.
Filem ini turut disertai oleh beberapa orang pelakon terkenal, antaranya adalah Kamal Hassan, Asin, Mallika Sherawat
Plot filem terbabit sekitar kehidupan beberapa individual semasa minggu sebelum gempa bumi dan tsunami Lautan Hindi 2004; watak utamanya adalah ahli sains penyelidik yang membangunkan senjata-bio dan memastikan ia tidak jatuh ke tangan yang salah. Bersama dengan itu, beberapa orang turut terbabit dalam proses dan kesemua kisah mereka berkait selepas tsunami melanda, membawa nilai falsafah dalam gambar. Seorang Bio-Teknologi Amerika perlu berlumba mengejar masa dan cabaran untuk mencuba dan mendapatkan kembali bahan kimia maut dalam vial.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.