From Wikipedia, the free encyclopedia
Dark & Wild (digayakan sebagai DARK&WILD) merupakan album studio pertama kumpulan muzik dari Korea Selatan, Bangtan Boys. Ia dilancarkan di bawah Big Hit Entertainment pada 20 Ogos 2014.[4] Album ini terdiri daripada 14 buah runut (termasuk satu intro, satu outro dan satu selingan), di mana ia dikeluarkan dalam bentuk CD dan muat turun secara digital.
DARK&WILD | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | 20 Ogos 2014 (lihat Sejarah pelancaran) | |||
Tempat | Korea Selatan | |||
Genre | K-Pop, Hip hop, Tarian, Pop tarian | |||
Panjang | 49:44 | |||
Bahasa | Korea | |||
Syarikat | Big Hit Entertainment LOEN Entertainment | |||
Penerbit | PDOGG "HITMAN" BANG | |||
Ulasan profesional | ||||
Kronologi album Bangtan Boys | ||||
| ||||
Single daripada DARK&WILD | ||||
| ||||
Kulit album DARK&WILD (Jepun sahaja) |
||||
sunting · sunting di Wikidata |
Dark & Wild berjaya memperoleh kedudukan kedua carta album mingguan Gaon[5] dan tangga ketiga dalam carta album bulanan bagi Ogos 2014.[6] Album tersebut juga berjaya terjual melebihi 51,000 buah salinan.[6]
Pada 29 Julai 2014, syarikat rakaman Big Hit Entertainment telah melancarkan video kiraan detik untuk kemunculan semula Bangtan Boys dengan album terbaharu mereka.[7] Walau bagaimanapun, kiraan detik itu tamat pada 5 Ogos 2014 dan pihak syarikat kemudiaanya telah mempertontonkan video treler sebagai persediaan untuk pelancaran Dark & Wild ketika musim panas di YouTube dan Naver Tvcast.[8][9] Dua hari kemudian iaitu pada 7 Ogos, foto-foto konsep pertama untuk album tersebut dipaparkan kepada awam dimana ahli kumpulan muzik digayakan dengan pakaian serba hitam secara individu.[10][11] manakala untuk secara berkumpulan pula dipaparkan pada keesokkan harinya.[12]
Pada 10 Ogos 2014, Bangtan Boys telah menghoskan penstriman percuma untuk runut prapelancaran yang berjudul "Let Me Know" (Biarkan Aku Tahu) di laman sesawang rasmi mereka dalam tempoh 24 jam.[13] Pada 11 Ogos tahun yang sama, mereka memaparkan senarai runut untuk kesemua 14 buah lagu yang akan ditampilkan di dalam album mereka dan juga mempertontonkan video teaser untuk video muzik runut utama, "Danger" (Bahaya).[14] Pada 20 Ogos 2014, video muzik penuh runut tersebut dan album Dark & Wild dilancarkan secara atas talian.[15]
※ Lagu yang digelapkan merupakan lagu utama bagi album itu.
No. | Tajuk | Seni kata | Penerbit | Masa | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1. | "Intro: What Am I To You" (Intro: Siapakah Aku Kepada Kamu) | PDOGG, Rap Monster | PDOGG | 2:45 | ||||||
2. | "Danger" (Bahaya) | PDOGG, Thanh Bui, "HITMAN" BANG, Rap Monster, Suga | PDOGG | 4:05 | ||||||
3. | "호르몬 전쟁" (Perang Hormon) | PDOGG, Supreme Boi, Rap Monster, Suga, J-Hope | PDOGG | 4:25 | ||||||
4. | "힙합성애자" (Hip-hopfilia) | PDOGG, Rap Monster, Suga, J-Hope | PDOGG | 4:17 | ||||||
5. | "Let Me Know" (Biarkan Aku Tahu) | Suga, PDOGG, Rap Monster, J-Hope | Suga, PDOGG | 4:14 | ||||||
6. | "Rain" (Hujan) | Slow Rabbit, Rap Monster, Suga, J-Hope | Slow Rabbit | 4:24 | ||||||
7. | "BTS Cypher PT.3: KILLER (Feat. Supreme Boi)" (Sifer BTS Bhg. 3: Pembunuh (Menampilkan Supreme Boi)) | Supreme Boi, Rap Monster, Suga, J-Hope | Supreme Boi | 4:27 | ||||||
8. | "Interlude: 뭐해" (Selingan: Apa yang Kau Lakukan) | Slow Rabbit | 0:41 | |||||||
9. | "핸드폰 좀 꺼줄래" (Bolehkah Kau Matikan Telefon Bimbitmu) | PDOGG, Rap Monster, Suga, J-Hope | PDOGG | 3:54 | ||||||
10. | "이불킥" (Menendang Selimut) | "HITMAN" BANG, Shaun, Slow Rabbit, PDOGG, Rap Monster, Suga, J-Hope | "HITMAN" BANG, Shaun, PDOGG | 4:01 | ||||||
11. | "24/7=Heaven" (24/7=Syurga) | PDOGG, Slow Rabbit, Rap Monster, Suga, J-Hope | PDOGG | 3:46 | ||||||
12. | "여기 봐" (Lihat Di Sini) | 250, Jinbo, Rap Monster, Suga, J-Hope | HoBo | 3:38 | ||||||
13. | "2학년" (Tahun Sekolah 2) | PDOGG, Supreme Boi, Rap Monster, Suga, J-Hope | PDOGG | 3:55 | ||||||
14. | "Outro: 그게 말이 돼?" (Outro: Haruskah Ia Dikatakan?) | SIMO, Supreme Boi | SIMO, Supreme Boi | 2:52 | ||||||
Jumlah masa: 51:24 |
Carta album
|
Carta lagu
|
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.