From Wikipedia, the free encyclopedia
Dag Hjalmar Agne Carl Hammarskjöld (disebut [ˈdɑːɡ ˈhâmːarˌɧœld , paling dekat dag ha.mar.huĕld], 29 Julai 1905 - 18 September 1961) merupakan diplomat Sweden dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-3. Beliau berkhidmat sejak April 1953 sebagai pemegang jawatan termuda ketika itu.
Dag Hammarskjöld | |
---|---|
Setiausaha Agung PBB ke-2 | |
Dalam jawatan 10 April 1953 – 18 September 1961 | |
Didahului oleh | Trygve Lie |
Digantikan oleh | U Thant |
Butiran peribadi | |
Lahir | Jönköping, Sweden | 29 Julai 1905
Meninggal dunia | 18 September 1961 56) Ndola, Rhodesia Utara | (umur
Kerakyatan | Sweden |
Alma mater | Universiti Uppsala Universiti Stockholm |
Tandatangan |
Beliau terbunuh dalam kemalangan kapal terbang di Rhodesia Utara (kini Zambia) pada September 1961 semasa dalam perjalanan menjalankan rundingan semasa Krisis Congo. Sebab sebenar beliau meninggal dunia penuh misteri sehingga tidak dapat diputuskan sebetulnya.
Beliau satu-satunya pemenang Hadiah Keamanan Nobel secara anumerta.[1]
Dag Hammarskjöld lahir di Jönköping, Sweden tetapi membesar di Uppsala. Beliau anak bongsu dari 4 adik-beradik kepada Hjalmar Hammarskjöld, Perdana Menteri Sweden (1914–1917) dan Agnes Almquist.
Beliau menjadi setiausaha dalam Riksbank, bank pusat Sweden, pada tahun 1936. Beliau lama-kelamaan berjaya naik pangkat sebagai pengerusi Majlis Am mentadbir bank tersebut dari 1941 hingga 1948.[2]
Beliau dilantik mengambil alih jawatan kerusi diduduki bapanya dalam Akademi Sweden pada 20 Disember 1954.[3]
Setelah Trygve Lie meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung PBB sebelumnya, pihak kuasa-kuasa Barat melakukan rundingan panjang dengan Kesatuan Soviet mengenai siapa yang berkelayakan untuk mengambil alih namun tidak mendapatkan hasil memuaskan. Suatu sesi perbincangan dalam kalangan ahli kekal diadakan pada 30 Mac 1953[4] di mana duta Perancis Henri Hoppenot mengusulkan 4 orang calon berkemungkinan termasuk Dag Hammarskjöld.[5] Pemilihan Dag paling kurang tentangan kerana pendekatannya yang dilihat mampu mengelak daripada bertegang secara politik;[6] Valerian Zorin yang mewakili pihak Soviet menganggap beliau tidak mengancam malah menyatakan kesudian mengundi untuk Dag.[7][8]
Pada 18 September 1961, Hammarskjöld menaiki suatu penerbangan pesawat Douglas DC-6 yang berlepas dari Élisabethville (kini Lubumbashi di Republik Demokratik Congo) untuk menghadiri suatu rundingan gencatan senjata antara pihak mereka dengan askar-askar Katanga pimpinan Moise Tshombe.
Kematian tiba-tiba Hammarskjöld menyebabkan kekosongan jawatan yang tidak berserahan,[9] sehingga Majlis Keselamatan PBB melakukan undian segera yang berjaya dimenangi U Thant.[10]
Wasiat beliau ditulis tahun 1959 mengamanahkan pustaka simpanan peribadinya kepada Perpustakaan Kebangsaan Sweden.[11]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.