Remove ads
From Wikipedia, the free encyclopedia
Cyrillus (Yunani: Κύριλλος Kyrillos, Bahasa Bulgaria: Кирил Kiril, Rusia: Кири́лл Kirill; nama lahir Constantinus, 826–869) dan Methodius (Yunani: Μεθόδιος Methódios, Bahasa Bulgaria: Методий Metodiy, Rusia: Мефодий Mefodiy; 815–885) adalah dua adik-beradik agamawan dan penginjil Kristian dari empayar Byzantium. Mereka dikenali kerana pekerjaan mereka menyebarkan agama Kristian dalam kalangan orang-orang Slav[6] terutamanya melalui penciptaan abjad Glagol untuk bahasa pengajaran khas, Bahasa Slav Gereja Lama;[7][8][9] abjad ini dikembangkan para pelajar didikan mereka selepas kematian mereka menjadi abjad Cyril sempena guru sulung yang kemudiannya digunakan untuk bahasa-bahasa Slav yang serumpun seperti bahasa Bulgaria, bahasa Rusia dan sebagainya.
Cyril and Methodius | |
---|---|
Lahir | 826/827 & 815 Thessalonika, Empayar Bizantium (Yunani moden) |
Meninggal | 14 Februari 869 & 6 April 885 Rom dan Velehrad, Moravia |
Dihormati oleh | Gereja Katolik Gereja Ortodoks Timur Anglican Communion[1] Lutheranisme[2] |
Hari perayaan | 11 and 24 May[3] (Eastern Orthodox Church) 14 Februari (takwim Katolik kini); 5 July (takwim Katolik 1880–1886); 7 Julai (takwim Katolik 1887–1969) 5 Julai (takwim Katolik Czechia dan Slovakia) |
Atribut | brothers depicted together; Eastern bishops holding up a church; Eastern bishops holding an icon of the Last Judgment.[4] Often, Cyril is depicted wearing a monastic habit and Methodius vested as a bishop with omophorion. |
Naungan | Bulgaria, North Macedonia, Czech Republic, Slovakia, Transnistria, Archdiocese of Ljubljana, Europe,[4] Slovak Eparchy of Toronto, Eparchy of Košice[5] |
sunting |
Kedua-dua adik beradik ini disanjung Gereja Ortodoks Timur sebagai santo "setara hawari" (равноапостольный ravnoapostol'nyj). Pada tahun 1880, Paus Leo XIII selaku ketua Gereja Katolik mengiktiraf mereka berdua memasukkan perayaan mereka dalam takwim gerejanya. Pada tahun 1980, Paus Yohannes Paulus II mengisytiharkan mereka bersama Benedictus dari Nursia sebagai santo-santo penaung benua Eropah.[10]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.