Crystal Palace
From Wikipedia, the free encyclopedia
Crystal Palace ("Istana Kristal" dalam bahasa Inggeris) ialah bangunan besi tuang dan gelas yang terdahulunya didirikan di Taman Hyde, London, England, untuk merumahkan Pameran Besar 1851. Lebih daripada 14,000 pemamer dari seluruh dunia berkumpul di ruang pameran 990,000 kaki persegi (92,000 m2) istana ini untuk menunjuk cara contoh-contoh teknologi terbaru yang dibangunkan sewaktu Revolusi Perindustrian. Direkabentuk oleh Joseph Paxton, bangunan Pameran Besar adalah 1,851 kaki (564 m) panjang, dengan ketinggian bahagian dalam 108 kaki (33 m).[1]


Selepas pameran, bangunan ini telah dipindahkan ke sebuah taman yang baru dalam kawasan atas, sihat dan berpengaruh London yang dipanggil Bukit Sydenham, sebuah kawasan yang tidak banyak berubah hari ini dari subbandar berduit penuh dengan vila besar yang wujud sewaktu puncaknya di zaman Victoria. Crystal Palace telah dibesarkan dan berdiri di kawasan tersebut dari 1854 hingga ke 1936, apabila ia telah dimusnahkan oleh kebakaran. Ia menarik perhatian beribu-ribu pelawat dari semua darjat masyarakat. Nama Crystal Palace (majalah satira Punch biasanya mendapat penghargaan untuk penciptaan frasa itu)[2] telah kemudian digunakan untuk menandakan kawasan selatan London ini dan taman yang mengelilingi tapak itu, rumah kepada Pusat Sukan Kebangsaan Crystal Palace.
Bacaan lanjut
- Dickinson's Comprehensive Pictures of the Great Exhibition of 1851, Dickinson Brothers, London, 1854.[3]
- Kate Colquhoun - A Thing in Disguise: The Visionary Life of Joseph Paxton (Fourth Estate, 2003) ISBN 0-00-714353-2
- George F Chadwick - Works of Sir Joseph Paxton (Architectural Press, 1961) ISBN 0-85139-721-2
- Ian Leith: "Delamotte's Crystal Palace", London, 2005
- Jan Piggott: "Palace of the People", London, 2004
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.