From Wikipedia, the free encyclopedia
Cosmopolitan ialah majalah fesyen antarabangsa untuk wanita yang dahulunya bertajuk The Cosmopolitan. Cosmopolitan merupakan salah satu majalah paling laris dan disasarkan kepada golongan wanita.[2] Jessica Pels merupakan ketua penyunting majalah Cosmopolitan.[3] Majalah ini pertama kali diterbitkan dan diedarkan pada tahun 1886 di AS sebagai majalah keluarga; ia kemudiannya diubah menjadi majalah sastera dan sejak 1965 telah menjadi majalah wanita. Selalunya dirujuk sebagai Cosmo, kandungannya pada 2011 termasuk artikel membincangkan hubungan, seks, kesihatan, kerjaya, peningkatan diri, selebriti, fesyen, horoskop, dan kecantikan. Diterbitkan oleh Hearst Corporation, Cosmopolitan mempunyai 64 edisi antarabangsa, termasuk Armenia, Australia, Croatia, Estonia, Finlandia, Perancis, Yunani, Hungaria, Amerika Latin, Malaysia, Timur Tengah, Belanda, Portugal, Romania, Rusia, Singapura, Afrika Selatan, Sepanyol, Sweden, dan United Kingdom[4] dan dicetak dalam 35 bahasa yang berbeza dan diedarkan di lebih 110 negara.[5]
Editor | Jessica Pels |
---|---|
Kategori | Perempuan |
Kekerapan | Bulanan |
Jumlah edaran (2011) | 3,032,211 (AS)[1] |
Isu pertama | 1886 1965 (sebagai majalah wanita) | (sebagai The Cosmopolitan, majalah sastera)
Syarikat | Hearst Communications |
Negara | Amerika Syarikat (juga terdapat di negara lain) |
Bahasa | Inggeris |
Laman web | www |
ISSN | 0010-9541 |
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.