Keluarga serangga Coenagrionidae diletakkan dalam order Odonata dan suborder Zygoptera.[2]
Zygoptera adalah dari jenis pepatung jarum (bahasa inggeris: damselfly). Walaupun jenis pepatung ini kurang dikenali berbanding pepatung, pepatung jarum adalah senang ditemui sama seperti pepatung. Terdapat lebih dari 1,300 spesies dalam keluarga, menjadikan keluarga pepatung jarum yang paling besar. Keluarga Coenagrionidae mempunyai enam subkeluarga: Agriocnemidinae, Argiinae, Coenagrioninae, Ischnurinae, Leptobasinae, and Pseudagrioninae.[3]
Keluarga ini juga dipanggil sebagai pepatung sayap halus atau pepatung kolam.[4] Coenagrionidae mempunyai taburan di seluruh dunia, dan antara keluarga pepatung jarum yang senang ditemui. Keluarga ini mempunyai bilangan spesies paling kecil dalam keluarga pepatung jarum. Terdapat lebih 110 genus dalam keluarga Coenagrionidae kini diterima pakai.[5][3]
Namanya mungkin diambil dari perkataan Yunani coen bermaksud berkongsi atau biasa ditemui dan agrio bermaksud padang atau liar.
Kebiasaannya mempunyai corak warna hitam
Warna asas mungkin hijau, biru, kuning, oren, atau ungu
Sayap halus, berbahagi, biasanya tidak berwarna dan lutsinar
Dua salur darah bercabang antenodal
Salur darah M3 menaik dekat dengan nodus berbanding arculus
Pepatung jarum dewasa sering kali kelihatan di pelbagai habitat termasuk kolam dan kawasan berair. Pepatung jarum betina akan bertelur di antara pokok-pokok hidup atau mati, dan dalam spesies tertentu, akan merangkak di dalam air untuk bertelur. Nimfa-nimfanya selalunya dijumpai di cebisan pokok atau antara bahagian pokok hidup atau mati yang terendam dalam air.[6]