Clancy Brown

From Wikipedia, the free encyclopedia

Clancy Brown

Clarence J. "Clancy" Brown III (lahir 5 Januari 1959[2]) ialah seorang pelakon langsung dan suara Amerika Syarikat. Beliau terkenal dengan peranannya sebagai The Kurgan dalam filem fantasi Highlander, Kapten Byron Hadley dalam filem drama The Shawshank Redemption and Brother Justin Crowe dalam siri televisyen Carnivàle. Brown juga telah melakonkan suaranya kepada banyak filem, siri televisyen, dan permainan video, termasuk Lex Luthor dalam pelbagai media francais Superman, Doktor Neo Cortex dalam siri permainan video Crash Bandicoot, dan Mr. Krabs dalam siri animasi SpongeBob SquarePants. Dia juga memainkan suaranya sebagai Alec Ryder dalam Mass Effect: Andromeda.

Fakta Segera Kelahiran, Pusat pendidikan ...
Clancy Brown
Thumb
Brown pada 2015
Kelahiran
Clarence J. Brown III

(1959-01-05) 5 Januari 1959 (umur 66)
Pusat pendidikanUniversiti Northwestern
PekerjaanPelakon, pelakon suara
Tahun aktif1983–kini
PasanganJeanne Johnson (k. 1993)[1]
Anak-anak2
Ibu bapaClarence J. "Bud" Brown, Jr
Joyce Helen Brown
Laman web rasmiwww.clancybrown.com
Tutup

Biografi

Awal hidup dan pendidikan

Clancy Brown lahir pada 5 Januari 1959[3] di Urbana, Ohio,[4] beliau anak kedua selepas kakaknya Beth (nmeninggal dunia tahun 1964) kepada Joyce Helen (Eldridge), seorang konduktor dan pemain piano konsert serta Clarence J. "Bud" Brown Jr.,[5] seorang ahli politik dalam Kongres dan penerbit suratkhabar syarikat Brown Publishing Company diasaskan Clarence J. Brown anak-beranak.[6]

Beliau menamatkan persekolahan di St. Albans School Washington, D.C., sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Northwestern.[7]

Kerjaya dalam perfileman

Beliau mula muncul dalam filem arus utama digandingkan bersama Sean Penn dalam filem drama Bad Boys tahun 1983.

Filemografi terpilih

Filem

Televisyen

  • ER (1997–1998)
  • Star Trek: Enterprise (2002)
  • Lost (2006)
  • Leverage (2010)
  • Daredevil (2016)
  • The Punisher (2017)
  • Billions (2018–2019)
  • Abby Hatcher (2019)
  • The Crown (2019)

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.