From Wikipedia, the free encyclopedia
Perayaan Chuseok (Korea: 추석), Jungchujul, Gabe atau Hangawi (Korea: 한가위, nama dalam bahasa Korea purba untuk "pertengahan hebat") merupakan perayaan hari kesyukuran penting bagi masyarakat Korea. Perayaan Chuseok disambut pada hari ke-15 dalam bulan ke-8 menurut kalendar lunar masyarakat Korea. Chuseok bererti hari kebesaran dalam pertengahan bulan Ogos sebagai menyambut musim menuai. Perayaan ini mempunyai erti istimewa bagi masyarakat Korea di mana pada hari itu mereka kembali ke kampung halaman (bon-ga) untuk berziarah di makam para nenek moyang.
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Chuseok چوسوك | |
---|---|
Official name | Chuseok (추석, 秋夕) |
Also called | Hangawi (한가위) |
Observed by | orang Korea |
Type | Kebudayaan |
Significance | Disambut selepas musim menuai ketika musim luruh |
Observances | Menziarahi kampung halaman, penyembahan roh nenek moyang, jamuan tuaian, songpyeon dan arak beras. |
Date | Hari ke-15 pada bulan ke-8 (kalendar Korea) |
2023 date | 22 September |
2024 date | 12 September |
2025 date | 30 September |
Related to | Pesta Pertengahan Musim luruh (Perayaan Kuih Bulan), Hari Kesyukuran |
Hangul | 추석 |
---|---|
Hanja | 秋夕 |
Perumian Semakan | Chuseok |
McCune–Reischauer | Ch'usŏk |
Pada masa kini di Korea Selatan, masyarakat Korea yang tinggal di bandar besar seperti Seoul dan Incheon akan pulang ke kampung halaman masing-masing. Mereka melakukan upacara penyembahan nenek moyang pada awal pagi. Antara tradisi menyambut perayaan Chuseok adalah bulcho, sungmyo dan charye. Selain itu, salah satu makanan utama yang disediakan pada hari perayaan Chuseok ialah Songpyeon (송편). Songpyeon merupakan sejenis kek nasi berbentuk bulan sabit yang dikukus pada jarum pain.
Tradisi ini dilakukan di kawasan perkuburan. Tradisi bulcho merupakan satu tradisi dimana masyarakat Korea akan menziarahi kubur ahli keluarga mereka sepanjang musim panas serta membersihkan kawasan kubur seperti mencabut rumput. Sungmyo pula adalah tradisi memberi penghormatan kepada kubur ahli keluarga. Tradisi ini dilakukan dengan memberi tunduk hormat dan menyediakan hidangan seperti alkohol, buah-buahan, daging dan shikhye.
Charye adalah suatu tradisi menyediakan meja dengan makanan untuk dipersembahkan kepada nenek moyang di rumah. Terdapat pelbagai langkah teliti diambil kira bagi menyediakan meja seperti menyalakan lilin sebelum minuman beralkohol di tuang ke dalam tiga cawan yang berbeza dan tunduk hormat sebanyak dua kali selepas itu. Setiap hidangan juga mempunyai tempat tertentu untuk dihidangkan pada atas meja.
Berikut merupakan tarikh perayaan Chuseok mengikut kalendar Gregory. Sehari sebelum dan selepas Chuseok adalah hari kelepasan umum di Korea Selatan.[perlu rujukan]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.